Ext. Kolej Kediaman E - Siang
(mengambil telefon dan mendail)
O'o : (mendengar Caller ringtones)...
ayah : assalamualaikum...
O'o : (menjawab salam), ayah..
ayah : ada apa?
O'o : Ayah, selamat hari jadi...
ayah : (diam sekejap) selamat, terima kasih.
O'o : moga umur ayah diberkati dan banyakkan bersabar.
ayah : amin...
(bunyi azan maghrib 18:05)
O'o : ayah, selamat hari jadi dan sayang ayah.
Ayah: Terima kasih. maghrib sudah?
O'o : iya, baru masuk waktu. Oklah, ayah.
Ayah: assalamuaikum..
(End called)
walaupun berada jauh di mata ayah namun hari ayah ayah tidak akan dilupakan begitu saja. hanya ucapan diiringi doa yang mampu aku ucapkan kepada ayah. kadang-kadang tak dinafikan pada ketika ayah tegas bila membuat keputusan menyebabkan 'rasa nak marah' kat ayah. tapi bila nak saja sesuatu ayah terus bagi. Terima kasih ayah,sayang ayah. ayah adalah ayah yang terbaik *_*
Saturday, 15 December 2012
Sunday, 9 December 2012
Mimpian Jadi
Perjalanan pada waktu malam yang begitu gelap kiri dan kanan bertemankan hutan. Lampu jalan boleh dikira! disertai hujan yang masih turun tanpa henti. Lampu kereta yang malap. Hanya papan tanda yang menjadi petunjuk. Perjalanan ini disertai dua orang dewasa[perempuan] dan lima orang kanak-kanak. Syukur kami selamat tiba di resort berkenaan dan apa lagi dinner time..
Pada waktu pagi acara sukan telah diadakan. Apalagi Along, Angah dan Hud tidak ketinggalan untuk menyertai permainan yang diadakan. Pelbagai gelagat peserta [pensyarah2/anak2 kecil] yang dapat dilihat ketika menyertai pertandingan sukaneka. Banyak juga hadiah yang di bawa pulang oleh tiga beradik biarpun tidak mendapat johan.
Sempena hari keluarga PPIB [Pusat Penataran Ilmu Bahasa] yang berlangsung dari 8-9 Dis 2012 banyak pengalaman yang diperolehi ketika bermalam di sana bersama along,angah dan Hud. terima kasih kepada kakak yang sudi memberi peluang kepada saya untuk melihat corak dan kehidupan manusia. Mimpian Jadi resort merupakan tempat yang kedua selepas Rasa Ria Shang-Ri La Hotel.
*Semua yang berlaku ini telah disusun oleh Pencipta-Mahaguru
Thursday, 15 November 2012
cuti sekolah Along
Salam Maal Hijrah.
Destinasi kerja lapangan untuk hari ini di Binsulok di daerah Membakut bersama Dr. Asmiaty. Agak menarik kerana kali ini Along juga ikut bersama. Tanpa disangka tepat jam 9.30 pagi kami sampai di Kuala Penyu. Jauh dari sasaran by the that area very beautiful because its nature. Tambahan pula, ada resort. Menarik kan.
Walaupun sungguh jauh perjalanan tetapi banyak hasil/dapatan yang diperolehi dengan bantuan informan2 di situ[suku kaum Brunei]. Along, banyak pertanyaan yang ditanya sepanjang perjalanan dan kami bercakap tidak sedar dan akibatnya sampai ke Kuala Penyu. Terima kasih kepada Along kerana sudi membantu sebagai perakam suaradi kajian lapangan. Ini Along boleh dijadikan sebagai pengalaman biarpun baru berusia 13 tahun tapi sudah terlibat secara langsung. Lagi pula cuti sekolah jadi tak rugi ikut kami membuat kajian. Banyak juga kami bertiga berbual-bual dengan bermacam perkara sehingga tidak kering gusi. Tapi kan kami hairan macam mana Along boleh tertidur ketika P.cik Ag Hashim sedang bercerita tentang cerita jenaka. Tak pun Along penat sebab hampir satu hari kita berada di tempat kajian.Lain kali, Along dah boleh teman mama untuk pergi membuat kerja lapangan sebab sudah ada pengalaman. Jangan lupa ajak Angah sekali..hihi
Tuesday, 13 November 2012
Perjalanan ini
Pagi2 lagi saya berjalan turun dari tingkat 4 ke tempat menunggu bas T.U.T* di hadapan blok A3. Tidak lama kemudian Dr.Asmiaty datang dengan sebuah kereta. Wah, beliau seorang yang hebat kerana masih lagi dapat memandu kereta[MANUAL]. Apalagi lagi, saya yang memegang stereng kereta dengan bismilah. 'Alamak! mati kepanasan kita ini,cerminnya nda dapat dibuka, air cond pun sama.' Jadi macam manalah kita ini?[dah la kereta baru je repaired] Tak pa, kita tukar kereta[AUTO]. Selepas mengisi minyak di Shell, suis diputar cermin dan air-cond BERFUNGSI! [ketawa gembira]. Selepas sarapan,kami meneruskan perjalanan ke Membakut. Banyak sungguh pengetahuan yang diperolehi ketika berjumpa dengan orang2 di Membakut [Kg. Pimping & Kg.Saga] yang tidak lokek dengan ilmu yang ada. Terima kasih kepada K.Mariam kerana sudi membantu dan segala urusan berjalan dengan lancar. Masa yang ada memang betul2 dimanfaatkan oleh kami. Dari Membakut- KK singgah di gerai kejap beli buah-buahan iaitu rambutan, manggis dan durian. Tapi, Durian memang mahal ada yang rm35, rm10, rm8 per kilo. Tapi, itulah realiti harga durian yang tidak ada di Semenanjung. Istimewa bukan? Pengalaman bersama beliau pada hari ini tidak akan dilupakan begitu saja. Terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau yang sudi membawa diri ini untuk mendalami ilmu 'kerja lapangan'. Destinasi kita yang seterusnya...[Kota Belud, KUDAT, MEMBAKUT LAGI??] Saya ON saja.
~Hepi Deepavali~
*tuaran united transport[T.U.T]
Sunday, 11 November 2012
Air OH aIR
Betul lah kan orang cakap kalau 'tak da elektrik boleh COVER lg tapi bila putus bekalan air susah hati bertambah gelisah dan macam-macam lagi.Memang tidak boleh dinafikan. Lebih kurang tinggal di asrama 2 bulan tiba2[malam] air tak da. Kisahnya,selepas K.yat datang ke bilik kononya bawa pizza [nasi kerabu] dan kami berdua pun makan malam sambil menunggu roomate[syidah] pulang dr Kudat&Kota Marudu[KM]. Sambil babual ditingkap akhirnya Syidah & Huda datang dengan membawa makanan. Rezeki datang [mcD & jagung]. Maklumlah,langkah kanan Syidah and the geng sambil pergi buat kajian ada Pesta Jagung di KM.Terima kasih roomate tersayang kerana ingat membawa makanan,hihii..Memang, terkejut banyak sungguh jagung yang dibawa katanya gara2 'terSMS' lalu Syidah membeli jagung. Terima kasih Syidah,jagung dr KM memang sedap berbanding di KK dan kamu adalah roomate yang terbaik,sayang kamu.
Dari jam 7mlm - 12mlm masih tidak ada air di blog B1. Jadi terpaksa cari inisiatif lain kerana memang tidak boleh menunggu lagi. First, turun bawah masuk duit dalam mesin air 'konon' dapatlah air tapi masalahnya duit syiling tak boleh masuk. Mintak tolong k.yat tapi tetap sama. Fikir punya fikir, 'ting-tong' dapat satu idea gila. Apalagi kami naik motor semata2 ke blok A1[achik] sambil bawak baldi, botol air& batang kayu [keselamatan]
K.yat, memang malam tadi kita berdua buat kerja gila kerana tak pernah dibuat oleh orang. Walau dalam keadaan ketakutan kerana jam sudah 12++ terpaksa juga mencari air. Hanya dalam fikiran jangan bertemu dengan si Johnny[anjing liar]. Sanagt sesuai gelaran yang k.yat bagi tu. LE 889[Biru] jasamu dikenang. Semoga hari esok air dapat berfungsi seperti biasa. Pihak yang b/jawab seharusnya menyedari hal ini terlebih dahulu. Apa yang penting letakkan NOTIS untuk persediaan. 3.37am11/11/12
Wednesday, 7 November 2012
Draf 1
Permulaan tesis. Bagi mahasiswa/i terutamanya [sps] tesis merupakan satu latihan ilmiah yang perlu untuk memenuhi syarat memperolehi ijazah sarjana muda. Tesis yang dibuat akan dipantau oleh penyelia masing-masing yang telah ditetapkan. Pada awalnya, satu perjumpaan akan diadakan bersama-sama penyelia bagi membincangkan tajuk yang sesuai dan memudahkan kepada mahasiswa/i. Dibawah penyelia, terdapat 8-10 orang pelajar. Berbeza dengan penyelia kami. Diawal perjumpaan, penyelia kami sudah memberikan tip-tip untuk permulaan membuat proposal [pengenalan]. Apa yang menarik, selepas cuti short semester, semua pelajar dibawah beliau dikehendaki menghantar proposal sebelum pembukaan semester baru. Satu cabaran kepada kami! enlokmanabdsamad penyelia yang terbaik.
Lebih kurang 2 minggu cuti mid-sem satu lagi perjumpaan bersama penyelia. Perjumpaan tersebut hanyalah untuk menyatakan masalah yang terdapat dalam proses kajian dan bertanya perkara-perkara yang perlu dimasukkan sebagai maklumat tambahan. Segala masalah dan persoalan telah dikemukakan antara kami dengan penyelia. Sebelum tamat perjumpaan tersebut, penyelia kami telah menetapkan tarikh 10 NOV adalah hari untuk menghantar draf pertama. Terkejut dan membisu semua pelajar ketika itu.
Syukur kepada Allah walaupun berada dalam kesihatan yang tidak baik, namun dengan usaha yang dilakukan draf pertama berjaya disiapkan dan mungkin masih ada maklumat yang perlu diletakkan. Tidak mengapa, draf tersebut perlu dihantar dan akan disemak oleh penyelia. Kepada ahli2 kumpulan AriswantoAchikSelselaAzaritaSalfaizaVivilinHafizahMaslijanItaWill moga kita semua dapat menghantar draf pertama. Buktikan kita semua hampir berjaya menyiapkan latihan ilmiah. Kulit BIRU sedang menanti,hahaha
Monday, 5 November 2012
R.A.S.A ini
SUDAH CUKUP SUDAH-NIRWANA
Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja
T’lah berulangkali ku coba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu
lirik diatas sudah cukup menggambarkan perasaan seorang lelaki yang kecewa kerana telah ditinggalkan oleh pasangan kekasih hati. Tetapi bukan itu yang mahu dikupas. Seseorang yang bersifat hipokrit, berpura-pura dan plastik juga sangat sesuai untuk ditujukan lagu diatas. Bukan menghukum tetapi usahlah lagi bersifat sedemikian kerana Allah pasti tidak menyukai akan sifat tersebut [muslim]. Guruku berpesan dua perkara; [1] ingatlah kebaikan yang telah orang berikan kepada kita [2] lupa kebaikan yang pernah kita lakukan dan ingatlah keburukan yang pernah kita lakukan terhadap seseorang. Sebagai manusia kita juga mempunyai hati dan perasaan. Bayangkan bagaimana sentiasa diarah untuk melakukan sesuatu tanpa keikhlasan hati? Tentu hati memberontak bukan? Jadi kita sebagai manusia perlulah menghormati hak seseorang. Boleh sekiranya untuk memberi pandangan BUKAN arahan. Diarah dan mengarah adalah dua perkara yang berbeza. Jika anda mahu orang menghormati anda maka terlebih dahulu dengan merendahkan diri menghormati orang lain dahulu. Rasanya tidak rugi tanpa membawa EGO yang tinggi. Alangkah baik jika ego itu boleh cepat mencair seperti ais [kutub utara]. Inikan sebahagian lakonan yang sudah dipentaskan dalam realiti dunia manusia.
Sunday, 4 November 2012
sihat sebelum sakit
C.A.C.A.R? Untuk makluman setiap manusia akan diserang cacar untuk sekali dalam seumur hidup. Jadi cacar merupakan perkara biasa yang akan 'singgah' pada badan manusia. Tidak kira di usia kanak2,dewasa ataupun tua cacar pasti 'singgah' biarpun sekejap. Ia juga boleh berjangkit kepada sesiapa yang mendekati pesakit cacar yang belum pernah 'merasai' cacar. Hebat sungguh aura cacar.
Mengikut petua orang2 tua ubat untuk menyembuhkan cacar - minum air kelapa, tepung tawar, air tawar. Pantang larang ketika mendapat cacar - tidak boleh terkena air hujan, makan makanan yg mengandungi kicap,elakkan mandi, telur, udang. Perkara penting perlu tahan rasa 'gatal-gatal' pada tubuh barulah tidak meninggalkan parut di badan.
Baru-baru ini virus 'cacar' sedang melanda [musim cacar barangkali]. Pertama sekali jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada kakak yang telah membawa air kelapa, ubat serta makanan di kolej e serta cukup caring. Thanx a lot kakak..! kedua, setinggi2 teima kasih kepada dua orang sahabat [k.yat & tie] yang menjaga makan minum dan sudi menjadi peneman bising di bilik. Maaf,kerana sudah menyusahkan kalian ketika badan ini sakit. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian.
Ia benar2 menguji untuk bertahan. Kuatkan semangat anda. Benarlah sabar itu payah dan sabar itu juga sebahagian daripada iman.
Friday, 26 October 2012
Bersamamu teman
Salam aidil adha buat seluruh umat Islam terutama buat teman2 seperjuangan yang menyambut di perantauan. Termasuk juga ucapan buat diri sendiri. Semestinya masjid2 dipenuhi umat Islam untuk menunaikan solat sunat begitu juga dengan masjid Ums termasuklah orang2 luar. Disini menunjukkan terdapat kekuatan umat Islam.
Makanan. Selepas semua urusan selesai tiba pula acara makan-makan di pagi raya bersama teman2. Opss, sebelum itu kami saling bersalam-salaman [mohon maaf ada salah dan silap]. Kamera perkara yang mesti diutamakan untuk mengambil gambar dijadikan kenang-kenangan [selepas tamat belajar]. Juadah makanan yang telah disediakan oleh master chef [Achik, K.yat] memang menyelerakan - Nasi minyak[merah]. Kalian memang kreatif! Rendang ayam sudah menjadi kewajipan dan nasi himpit sebagai 'pencuci mulut'. Terima kasih rezeki untuk hari ini.
Bongawan menjadi destinasi pilihan. Terima kasih kepada P.cik Pangeran dan sekeluarga yang sudi menerima kunjugan kami ke sana. Jamuan yang sedap dihidangan untuk kami- kelupis [salah satu makanan brunei], makaroni, gulai daging kawah dan banyak lagi. Sungguh mengenyangkan. Inilah rezeki Achik, kak Ayu dan Tie. Hari raya pun tetap mencari peluang dengan mengorek sedikit mengenai Cj Brunei. Sekali lagi terima kasih yang tidak terhingga buat P.cik Pangeran dan keluarga. Jika ada kesempatan kami akan berkunjung lagi ke teratak P.cik di sana.
Kingfisher. Memang tidak sah kalau tidak membuat kunjugan ke sana. Selamat hari raya mak cik. Walaupun sibuk beraya sakan 'konon' tapi mak cik tidak dilupakan. We want make sure that you're not alone,hihii..
Raya tahun ini sudah semestinya yang terakhir kita menyambut bersama2 kerana selepas ini semua akan membawa haluan sendiri. Jadi marilah kita semua meraikan dengan penuh syukur dan gembira. Raya tahun ini kita telah meraikan bersama2 dan telah menjadi sejarah dalam hidup kita semua ;P
k.yatTieAchikK.ayuZizahHudaShiWanijohorAnaIfaWaniwahabAddaBlokB1
Salam rindu
bila terdengar takbir raya menandakan hari 'kebesaran' bagi seluruh umat islam. Begitu juga keadaan di Negeri Bawah Bayu. Tetapi tetap mempunyai perbezaan suasana dengan Semenanjung. Hati terasa sebak dan sayu apabila kedengaran takbir.
Sempena hari raya aidil adha pada tahun ini sekali lagi buat ketiga kali aku tidak dapat menziarahimu kerana bejuang demi menuntut ilmu. Dihati ini engkau selalu dihatiku dan masih ada rindu walaupun telah lama kau pergi. Biarpun aku tidak dapat pergi bersama ma, ayah dan adik2 untuk menziarahi pusaramu namun doa sentiasa mengiringimu. Aku juga berharap agar tahun ini menjadi tahun terakhir beraya di negeri orang. Tidak dinafikan setiap kali tibanya hari raya aidil adha aku tidak dapat ke sana. Selagi aku masih bernafas akan sentiasa aku mengingatimu dan mendoakanmu ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh. Pagi esok selepas solat hari raya aidil adha keluarga kita akan pergi menziarahimu bersama iringan doa. Kau selalu di hati kami semua. Salam rindu duhai adikku. Al-Fatihah.
~salam idul adha buat semua umat Islam~ salam perantauan
Tuesday, 2 October 2012
special days
September sudah berlalu october yang datang. Ah, cepat sungguh masa berlalu. Ayuh jangan berlengah lagi teruskan perjuangan kita sebagai mahasiswa/i. Tugasan ibarat sahabat baik buat masa sekarang tapi itu semua hanya perkara biasa,bukan? Normal sebagai mahasiswa/i.
Walaupun sibuk dengan tugasan, namun ulang tahun kawan-kawan tidak akan dilupakan dengan begitu saja. Biarpun tidak menyambut dengan besar-besaran tapi cukuplah secara sederhana. Hari ulang tahun 'kelahiran' tetap diraikan biarpun jauh keluarga nun disana dengan sahabat handai. Hari ini tiga orang kawan telah menyambut hari kelahiran yang sama iaitu Fatimah, Shazwani & Shidah aka Anajoi suonlight (my roomate). Tambahan pula, mereka ini merupakan classmate, its really special. Tanpa membuang masa, rancangan diatur supaya tidak dapat dikesan akhirnya semua rancangan telah menjadi kenyataan. Selepas ini siapakah magsa yang seterusnya? Juz wait n see,hihii...
Disini, saya bersama krew2 yang terlibat ( K.yat, Effy, Huda, K.yana, Mira) dengan merendahkan diri ingin memohon maaf daripada kalian semua (tie, wani.shidah). Niat kami semua hanya untuk menghiburkan kalian supaya tidak bersedih kerana 'menyambut' hari ulang tahun di perantauan. Ini merupakan hadiah yang terbesar daripada kami semua untuk sahabat2ku sempena diakhir semester sudah. SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG-SAYANGKU...
Walaupun sibuk dengan tugasan, namun ulang tahun kawan-kawan tidak akan dilupakan dengan begitu saja. Biarpun tidak menyambut dengan besar-besaran tapi cukuplah secara sederhana. Hari ulang tahun 'kelahiran' tetap diraikan biarpun jauh keluarga nun disana dengan sahabat handai. Hari ini tiga orang kawan telah menyambut hari kelahiran yang sama iaitu Fatimah, Shazwani & Shidah aka Anajoi suonlight (my roomate). Tambahan pula, mereka ini merupakan classmate, its really special. Tanpa membuang masa, rancangan diatur supaya tidak dapat dikesan akhirnya semua rancangan telah menjadi kenyataan. Selepas ini siapakah magsa yang seterusnya? Juz wait n see,hihii...
Disini, saya bersama krew2 yang terlibat ( K.yat, Effy, Huda, K.yana, Mira) dengan merendahkan diri ingin memohon maaf daripada kalian semua (tie, wani.shidah). Niat kami semua hanya untuk menghiburkan kalian supaya tidak bersedih kerana 'menyambut' hari ulang tahun di perantauan. Ini merupakan hadiah yang terbesar daripada kami semua untuk sahabat2ku sempena diakhir semester sudah. SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG-SAYANGKU...
Thursday, 13 September 2012
Kinarut
Jarak dari Kota Kinabalu ke Papar kira-kira 43km sahaja. Berneza dengan Kinarut kerana ia terletak diluar bandar raya Kota Kinabalu dan hanya mengambil masa lebih kurang 35 minit dari Kota Kinabalu. Kinarut juga mempunyai sebuah pekan yang kecil tetapi sudah terdapat IKBN, SMA Datu Mustapha dan MRSM. Kebiasaannya, penduduk Papar yang bekerja di KK akan melalui Kinarut kerana tidak mengambil masa yang lama untuk sampai ke tempat kerja. Secara tidak langsung, kenderaan sentiasa sibuk yang melalui kawasan tersebut.
Oleh itu, kajian telah dilakukan oleh pihak IKRAM dengan melakukan bancian terhadap semua jenis kenderaan yang melalui kawasan tersebut. Maka ini menunjukkan bahawa statistik purata akan diketahui dan menunjukkan bahawa jalan di Kinarut masih penting.
Terima kasih kepada k.Yati kerana memberikan peluang kepada kami semua (Fatimah, Zie,Mc Lyn, Aris, Huda [kecik], Masniah, Azarita,) untuk melakukan kerja sampingan disamping mendapat pengalaman baru.
Wednesday, 12 September 2012
24 syawal
24 jam sudah berada dibumi Borneo. Semester baru bermula dan tugasan sedang melambai-lambai. Jadi kuatkan fizikal dan mental untuk menanti cabaran untuk final year. Perkara pertama, daftar untuk kolej kediaman dan tidak disangka satu bilik dengan pelajar sps iaitu kawan sendiri (Shidah). Bukan main terkejut lagi,hihi..Dapat pula bilik double ( impian yang sudah tercapai) biarpun untuk satu semester saja. Sabarlah ye Shidah, u know kan i ni suka usik-usik you. Hanya untuk sekadar gurauan...
Barang-barang banyak terlampau. Tidak cukup kaki tangan dan tenaga untuk mengangkat. Terima kasih Tie, Wani dan Mira sudi angkat barang-barang. Dari bilik Karma ke Usia (kolej wani) menuju ke kolej AB dan akhir sekali Kolej E. Dari kolej E pula, mencari barang Mira di blok A1. Mandi peluh impak mencari barang-barang di blok A2 yang macam kapal pecah. Destinasi akhir, membawa barang2 ke bilik masing2 dengan tiga tenaga wanita. Memang anda sabar dalam menahan berat barang dan mendapat 'hadiah' sakit urat dan tapak tangan. Semoga jasa kalian hanya mampu dibalas olehNya. Biarpun wanita hanya insan yang lemah tetapi mempunyai hati yang kuat untuk mengharungi segala rintangan. Bak kata pepatah, berat sama dijunjung,ringan sama dijinjing bukannya seperti melepaskan batuk ditangga.Sesuai ke? Tepuk dada tanya selera.
Monday, 13 August 2012
Masih di Hati
Syukur alhamdulilah kerana berakhir sudah debaran yang ditunggu-tunggu. Mungkin ini adalah satu anugerah dan rahmatNya sempena di bulan yang mulia ini [24 Ramadhan]. Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu?
Selama menjadi penghuni di Kolej Kediaman E@ Kolej Kebudayaan iaitu 5 semester memang agak bertuah tapi mungkin jugak nasib yang menyebelahi. Kolej E memang kolej yang sangat aktif dan mempunyai penghuni yang mencecah 3000 orang berbanding kolej2 yang lain. Untuk terakhir kali menjadi mahasiswi pada tahun akhir memang sedikit mencabar. Dengan kehadiran para junior memang ia memberi saingan yang hebat terutama [ pelajar tahun akhir] kerana peluang untuk menetap di kolej sangat tipis. Tambahan pula, bagi pelajar-pelajar dari Semenanjung memang menanbahkan lagi debaran dan kerisauan.
Apabila semakan dibuat di Portal [ status asrama] : Permohonan anda telah diluluskan untuk tinggal di asrama pada semester 1 2012/2013. Sila buat pengesahan tinggal asrama untuk tingal di kolej kediaman [E] semasa pendaftaran kolej. Ini membuktikan bahawa diberi peluang untuk menetap di sana. Jadi, sebelum check-out [tamat pengajian] seharusnya memberi sedikit sumbangan kepada kolej E.
Friday, 10 August 2012
SENYUM
Tanggal 9/8 merupakan hari 'kebebasan' kepada semua pelajar tahun 3[1] seni kreatif kerana segala penderitaan telah berakhir. Hanya menunggu masa untuk terbang ke satu persinggahan yang seterusnya. Ingat,ini hanya sementara sahaja kerana bulan September sedang memanggil-manggil kalian untuk cabaran yang lebih mencabar.
Persembahan. Ibarat irama dan lagu tidak boleh dipisahkan [P.Ramlee]. Itulah yang harus dilalui oleh mereka untuk penilaian bagi final exam Pemikiran Dalam Karya. Cukup menarik kan? Pelbagai persembahan yang dilakukan oleh mereka yang bergabung 3 orang dalam satu kumpulan. Kata guruku ; naik tanpa persediaan turun tanpa penghargaan. Juri penilai pula terdiri daripada seorang pensyarah, diikuti 2 orang tutor. Majlis penutupan diikuti dengan majlis berbuka puasa beramai-ramai di foyer Sps. Di sini rasa jiwa dan minda bersatu!
Saturday, 4 August 2012
Terima kasih sayangku (2)
Sebelum 'tamat' hari ulang tahun kelahiran kejutan demi kejutan yang diterima. Malu. Hari ini, nak ucapkan ribuan terima kasih kepada k.Sri. Diikuti dengan Huq, Adeeba dan Haq. Terima kasih untuk pemberian kek yang sedap especially Effy, Tie, K.yana, Wani, dan Mira.
Tak tahu nak cakap apa lagi. Kepada kakak yang tersayang [k.Yat] terima kasih kerana membuatkan diri ini kembali kepada penyucian diri. Penyucian diri buat kali pertama yang diterima dengan simbahan air nila dan diikuti dengan air sabun. Kenapa akak tak guna downy sebagai pelembut?hiks3....K.Yat, terima kasih dan jangan bimbang kerana tidak sedikit pun 'puteri' ini marah but happy. First time 'wakenabeb' macam ni.
Sayang2ku, terima kasih yang tidak terhingga diatas penghargaan yang kalian buat. This anniversary very meaning for me and i know bahawa masa yang lepas tidak dapat berputar kembali... Biarlah ini menjadi kenangan yang terindah di dalam hidup ketika di semester pendek. Lastly, jutaan terima kasih kepada semua yang menghargai diri ini dan semoga kalian semua dipermudahkan segala urusan. Amin..Thank you guys and love u sooo much...
Terima kasih sayangku...
Pada 22 tahun yang lepas seorang ibu telah bertarung nyawa untuk melahirkan seorang anak. Maka dengan izin Nya lahirlah seorang puteri di sebuah hospital dengan keadaan yang sihat. Thank and love u MUM. Terima kasih ya Allah kerna pada saat ini masih diberi kesempatan untuk hidup dan diberi kesihatan yang baik dan dapat meraikan hari kelahiran dibulan yang mulia ini bersama S.A.H.A.B.A.T.KU
15 Ramadhan. Hari ini dalam sejarah apabila puteri itu mendapat kejutan pada hari ulang kelahirannya. Terima kasih sayangku diatas kejutan yang telah dibuat. Lidah terkelu saat dikejutkan dari tidur dan melihat sebiji kek bersama dendangan lagu ' SELAMAT ULANG TAHUN'. Kek yang memang sedap [siapa yang pilih?] hihi. Sayangku, terima kasih juga di atas pemberian hadiah yang begitu cantik. I liked it..!
Yes, sangat terharu dengan kejutan yang dibuat. Semoga persahabatan kita kekal sepanjang hayat dan hanya Tuhan yang dapat membalas segala kebaikan kamu.Sekali lagi, terima kasih sayangku dan i really appreaciated that AND love u... -kgeblok b1-3-12
Sunday, 29 July 2012
Prof. Madya Dr Asmiaty
Bersamaan 9 ramadhan,langkah kaki dimulakan menuju ke pasar bertempat di Tuaran bersama beliau. Hujan yang turun dengan lebat di pertengahan jalan ketika menuju ke rumahnya diteruskan juga bersama Amira dengan menaiki skuter Moskito biru. Kali ini, Effy tidak dapat mengikut untuk ke pasar kerana sakit mata [bengkak]. Ada kemungkinan lebihan tidur atau di gigit serangga,hiks. Along, Hud dan Haq juga ikut bersama ke pasar. Beliau membeli pelbagai jenis lauk untuk membuat 'bakar-bakar' kerana untuk menyambut hari ulang tahun kelahiran si kembar [Along & Angah] yang ke-13. Hari lahir, si kembar disambut selepas waktu asar sebelum along dihantar pulang ke asrama. Mereka meniup lilin dan memotong kek. Sebenarnya, tarikh hari lahir mereka adalah esok [ 30/7] tapi disebabkan along terpaksa pulang ke asrama pada sebelah petangnya.
Pada sebelah petang bersama beliau,along,Hud dan k.Yana kami menuju ke 1 Borneo untuk mencari dapur [untuk membakar] dan membeli kek di Secret Recipe.
Pelbagai persediaan telah dibuat untuk majlis berbuka puasa seperti membakar ikan [pari & ikan uji rashid] serta membuat sedikit sos[sambal] untuk dicicah bersama ikan bakar. Majlis berbuka puasa disertai dengan Effy, Tie, K.Sri, K.yana, dan Amira. Terasa begitu meriah majlis berbuka puasa seperti berada disamping keluarga kerana berbuka bersama keluarga beliau. Begitu banyak juadah puasa yang disediakan. Antara yang menarik kuih tradisi bugis. Memang sedappp.
Membakar ikan dan membuat sos bersama K.yana sambil menunggu tetamu VVIP [ Effy, k.Sri, Tie & Amira]. hihii
Terima kasih tidak terhingga kepada beliau dan sekeluarga kerana menjemput kami semua untuk berbuka puasa bersama. Semoga segala kebaikan beliau mendapat rahmat daripadaNya serta dimurahkan rezeki,amin.
*ikan uji rashid [ikan merah]-hanya gelaran yang dipanggil oleh peniaga di Sabah
Saturday, 28 July 2012
8 Ramadhan
Masa yang berjalan tidak dapat diundurkan lagi. Hari ini,tahun ini [2012] sekali lagi berjumpa dengan tarikh dan hari yang sama iaitu pada tahun 2007. Tahun ini begitu istimewa kerana pada hari pemergianmu menghadap Ilahi disambut ketika seluruh umat Islam menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak. Biarpun,sudah suratan takdir namun seluruh ahli keluarga kita tetap mengingatimu malah setiap tahun ayah akan membuat majlis tahlil demi anaknya yang tercinta. Memang sangat terasa dengan kehilanganmu di usia yang begitu muda namun takdir Tuhan siapa yang tahu? Aku sebagai insan yang masih bernyawa hanya dapat mengiringi doa buatmu sepanjang hayat dikandung nyawa. Sehingga kini, ayah masih menziarahi pusara biarpun gerimis yang turun. Begitulah cinta dan kasih seorang ayah terhadap anak yang dicintai walaupun anaknya pergi terdahulu menghadap Ilahi. Kala aku teringat akan dirimu aku akan diam namun diam aku telah disalah ertikan. Dibulan yang mulia ini dan sempena tarikh pemergianmu keluarga kita tidak pernah berhenti menghadiahkan doa ke atas mu. Adikku,aku berdoa semoga roh mu ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh,amin
Saturday, 21 July 2012
Lambaian Ramadhan
Kedatangan ramadhan kali ini disambut bersama kawan-kawan di bumi Borneo. Syukur kepadaNya masih diberi kesempatan untuk merasai ramadhan bersama rakan-rakan seperjuangan. Biarpun jauh daripada keluarga tercinta namun dekat dihati. Semoga ramadhan kali ini terus memberikan satu 'kekuatan' kepada kami yang berada di sini disamping berjuang untuk menimba ilmu. Berpuasa disini memang satu keistimewaan kerana waktu berbuka yang lebih awal satu jam berbanding dengan semenanjung. Begitulah istimewanya berpeluang dapat menjalani ibadah puasa di sini. Di bulan yang mulia ini semoga segala ibadah dilakukan dengan penuh keikhlasan dan mendapat keberkatan dariNya. Ingat ianya bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi menahan pertuturan serta perbuatan.
Indahnya Ramadhan dihiasi TARAWIH,
didendangkan TADARUS,
dibajai QIAMULLAIL,
digembirakan waktu berbuka,
disulamkan SEDEKAH, dan
diwajibkan berZAKAT,
Selamat berpuasa dan salam Ramadhan Al-Mubarak
* kgE@b1-3-12-2
Wednesday, 18 July 2012
IV : Dr Asmiaty
Telefon silent. Tiba-tiba Effy bagi handphone nya cakap akak nak cakap. Bila di talian akak tanya tidur ka? saya bilang tidak. Lepas tu, akak cakap boleh ka datang amik 'saya' dekat depan ofis dengan motor.Hahh?[ dalam hati biar betul akak ni? Lepas tu, terus jak pergi amik akak dekat depan ofis dengan selamba kami pun membonceng motor untuk menghantar beliau ke King Fisher [KF]. Sampai dirumah, akak cakap; laju terlampau mek su bawak motor. Langkah kanan lagi,apabila dirumahnya sekali lagi makan 'sanggar keju' mungkin rezeki untuk sekian kalinya ;)
Tuesday, 17 July 2012
III : Dr Asmiaty
Pada hari ahad yang lalu bersamaan 15 Julai kami sekali lagi diajak ke Tuaran. Tujuan ke Tuaran adalah untuk ke tamu(pasar). Menurut beliau, di tamu Tuaran terdapat pelbagai barang yang dijual dari ayam sehinggalah itik. Disamping harga yang berpatutan. Tamu Tuaran memang besar berbanding tamu di Tamparuli, Kota Belud dan Papar [berdasarkan kunjungan]. Pada kali ini, Hud yang mengikuti kerana Haq dan Adeeba baru bangun dari tidur menyebabkan akak tidak mahu membawa mereka. Tambahan hari sudah siang iaitu pukul 7 pagi. Lebih kurang 3 jam berada disana untuk mencari dan membeli pelbagai barang keperluan. Sebenarnya, apa yang ingin diperkatakan tentang Tuaran adalah ' rojak' yang paling sedap. Selepas siap membeli akak membawa kami ke sebuah kedai makan untuk mencuba rojak Tuaran. Memang diakui oleh lidah bahawa rojak Tuaran memang sedap.Biarpun diluar kedai nampak macam restoran cina sebaliknya didalam adalah pengusaha orang melayu.Kata akak lagi, rojak Tuaran mesti dirasai kerana lebih kurang seminggu lagi kita akan menyambut bulan ramadhan. Dalam perjalanan pulang,akak ada meninggalkan persoalan kepada kami berdua iaitu : kenapa ustazah membiasakan diri [sendiri] mereka sebagai ustazah bukannya saya? macam juga akak; seharusnya bolehkah bawa doktor ke sana?kata akak [sambil gelak]. Terima kasih akak kerana membawa driver ke sana disamping mencuba rojak Tuaran yang sememangnya sedappp...
Saturday, 14 July 2012
II : Dr Asmiaty
Untuk mendapatkan lagi maklumat tambahan untuk kajian sekali lagi Pn Asmiaty telah mengajak dua orang bekas pelajarnya (Pemikiran & Penulisan Kreatif) untuk menemani beliau ke daerah Membakut. Tanpa menolak undangan dan perjanjian yang telah dibuat dua hari yang lepas kami berdua telah bersetuju untuk ke sana. Namun, Haq tidak mengikuti pada kali ini kerana masih tidur dengan lena. Sebagai pemandu kepada Dr Asmiaty perjalanan dari KK ke daerah Membakut mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Di daerah Membakut terdaat lagi sub-sub kampung seperti kampung Pimping dan Binsulok.Apa yang menarik didalam sub kampung Pimping terdapat lagi cabangnya iaitu kampung Saga-saga. Itulah kelebihan kampung yang pernah dijumpai. Pengalaman mengikuti beliau membuat kajian banyak imput yang kami berdua perolehi dan ini mendedahkan kepada kami tentang budaya suku kaum brunei dari segi adat resam, permainan alat tradisional, makanan dan sebagainya. Walau bagaimanapun, masih terdapat kekurangan maklumat namun sekiranya mempunyai masa kami akan mengunjungi lagi ke Kampung Pimping. Terima kasih diucapkan kepada Dr Asmiaty kerana telah memberikan kami peluang ini disamping menambahkan ilmu pengetahuan.Tidak lupa juga kepada cik Effy yang menjadi teman yang setia disebelah dan juga penduduk kampung Saga-saga (tengah) yang sudi menjadi informan di dalam kajian Dr Asmiaty. Bak kata pepatah; jauh berjalan luas pemandangan.
*majlis marhaban; menu- ketam,udang,roti canai,ikan bakar dan banyak lagi
buah tangan - soya yeos, baulu, duit rm10, keychain nama Allah
[ ini hanya terdapat di kg Pimping sahaja] begitu istimewa majlis marhaban yang diadakan berbeza dengan semenanjung
Saturday, 30 June 2012
Demam Borneo
Lebih kurang 48 jam lagi i'll fly to Kota Kinabalu untuk 'menikmati' semester pendek [hanya budak-budak seni_sps]. Semester pendek sudah bermula pada 25 Julai tapi memang 'disengajakan' untuk pulang lewat seminggu. Dalam kesibukkan dirumah dengan pelbagai aktiviti termasuklah mencari barang-barang keperluan untuk dibawa ke sana secara tidak langsung badan tiba-tiba menjadi lemah dan mendapat sedikit selesema. Mungkin disebabkan badan 'terkejut' mendapati jiwa akan kembali bertandang di bumi Borneo[ yang sebenarnya masih tidak puas dengan cuti selama 10 hari di kampung dengan membuat cuti tambahan sendiri]. Hati kata tidak mahu lagi pulang ke rumah ke-2(Ums) tapi kaki ini memaksa dan mengheret untuk ke sana. Demam Borneo akan terjadi apabila tiba masa untuk kembali ke sana(BKI). Esok masa untuk pergi membeli-belah di atas pasar Siti Khadijah sambil membeli barang-barang yang dikirim oleh pensyarah dan kawan-kawan seperti serunding(ayam,daging), keropok segera,budu PDRK[hanya di Tesco & kiosk2 PDRK],yang penting sekali Roti Gardenia dari Semenanjung istimewa untuk kawan-kawan di sana. Alahai demam Borneo melanda menyebabkan tidak dapat untuk pergi menonton perlawanan bola sepak diantara TRW vs Selangor.Sekali lagi tahniah kepada TRW [1-0]
Saturday, 23 June 2012
Kelantan vs Sabah
Memang pada awalnya; alangkah best kalau balik kampung ada perlawanan bola(The Red Warrior@TRW). Mungkin masih bernasib baik petang kelmarin my little brother memberitahu bahawa pada malam ini ada perlawanan bola diantara TRW dengan Sabah Fa. Apalagi excited la nak pergi tengok. Pada mulanya tidak mahu pergi sebab Izwan tak da kat Kelantan (menyertai perlawanan bola sepak di Pinang). Apa pun tahniah dekat Izwan sebab berjaya menjaringkan sebanyak 4 gol daripada 6 gol. Tahniah, sememangnya anda berbakat.Bila difikir-fikir siapa la yang mahu diajak untuk buat geng@peneman@kaki bola ni. Dah la Ana pun baru pergi KL. Akhirnya, Asiah yang aku melamar. Nasib baik dia menerima lamaran untuk pergi tengok bola.Lagipun dia juga minat bola juga. Paling terkejut bila beli tiket harga rm15 untuk yang biasa.Punya mahal desis hati ini [biasanya masuk FREE] kali ini nak jadi budak baik jadi masuk kena beli tiket dulu.Berbaloi dengan harga tiket yang di beli TRW berjaya menjaringkan gol sebanyak 2 gol. Gol yang ke-2 [hampir masa tamat] dijaringkan oleh Indra Putra Mahyudin tapi gol yang pertama tak sempat nak tengok sebab masuk lewat sedikit(tengok2 dah ada 1 gol) kan dah rugi. Keputusan perlawanan Kelantan vs Sabah 2-0.
Alangkah seronok jika waktu itu k.Sri Mastika ada sekali dengan memakai jersi Kelate dengan memberi sorakan tapi apakan daya hanya telinga yang menjadi saksi.
Wednesday, 20 June 2012
Kopitiam Kita
Sampai saja di bumi Kelantan terus tersenyum lebar kerana rindu yang teramat sangat. Akhirnya,rindu ini berjaya dilepaskan. Apabila turun saja dari anak kapal terus melihat wajah sepupuku yang sedang menunggu siapa lagi kalau bukan Ana (my beloved cousin+frend)...hihii
Ana terus membawa untuk bersarapan pagi di Kopitiam Kita kerana dia tahu bahawa tuan punya diri ini sudah kelaparan sejak pagi tadi. Maklumlah penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu pada 6.35 pagi. Berbalik kepada Kopitiam Kita, my pilihan breakfast ialah nasi dagang dengan air milo panas. Sangat sesuai dengan selera. Ana pula memilih roti titap dengan nescafe panas. Kopitiam Kita memang pilihan yang tepat sekali untuk menjamu selera...
Tuesday, 12 June 2012
Kisah Awan
Hari ini mungkin hari yang bertuah buat diriku,Effy dan Kak Sri. Kenapa mesti dikatakan bertuah? Begini ceritanya, pada pukul 7 lebih (pagi) kami telah pergi ke Odec untuk mandi-manda. Ketika sedang mandi dan asyik bermain dengan ombak tiba-tiba k.sri menunjukkan ke arah langit dan pulau2 yang bertentangan dengan Odec yang berkata lebih kurang begini : macam Tsunami. Mendengar perkataan sebegitu membuat diri ini berasa takut dan cepat kami naik ke darat untuk menyelamatkan diri. Bimbang juga tiba-tiba ombak datang mengganas. Fenomena yang berlaku pada pagi tadi tidak menunjukkan sebarang kejadian yang pelik. Biasannya akan ada angin yang kuat serta ombak yang bergelora tetapi sebaliknya yang berlaku malah hujan pun tidak. Lama memerhati dibawah pokok, kami melihat perubahan awan yang begitu pelik yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Apakah tanda disebalik kejadian awan yang begitu pelik. Apakah Hikmah disebalik MATA yang melihat perkara ini. Fenomena ini hanya berlaku di Negeri Bawah Bayu sahaja,pelik bukan? Mungkinkah hari kiamat sudah dekat? Subhanallah...
Saturday, 9 June 2012
oh Animasi...
Menyibukkan diri tika study week. Ah, memang mencabar but enjoyed biarpun dipandang pelik oleh orang lain. Study week adalah masa untuk menyiapkan tunggakan tugasan macam budak(ME) Sekolah Pengajian Seni (SPS) dan inilah yang dipanggil kerja gila. Tugasan yang paling hot dalam study week menyiapkan animasi 2D biarpun ada perasaan geram, marah, give up, lucu dan macam-macam lagi.
# bukan senang nak gerakkan watak kartun.- 1 sec=24 frame. bayangkan untuk dapatkan 1 minit pergerakan watak memerlukan 1440 frame
# bukan senang nak gerakkan watak kartun.- 1 sec=24 frame. bayangkan untuk dapatkan 1 minit pergerakan watak memerlukan 1440 frame
Tutorial animasi di Indah Permai dalam masa 3 hari 2 malam di rumah K.Yana bersama Mira, Tie dan Effy. Animasi berjaya dihasilkan apabila, Mira bertindak sebagai sifu I, Effy sebagai sifu II, K.Yana sebagai pemantau a.k.a penyibuk (jangan marah). Tugas Tie paling special iaitu koreografer dan designer. And Me adalah budak yang baru belajar untuk menerokai dunia animasi.So, i've learnt something new.
'Dunia Laut' mengenai kisah hidupan laut yang terancam akibat perbuatan yang tidak bertanggungjawab menyebabkan hidupan laut diancam kepupusan.Durasi selama 1 minit 28 saat (mencukupi syarat). Sekali lagi sebelum hantar tugasan oh animasiku pastikan animasi tidak menimbulkan masalah dan lastly burned CD. Siap untuk dihantar. Kalau diberi peluang SEKALI LAGI untuk membuat animasi pasti yang terbaik-konon.
HORAYYY.... anyway,thank you guys.. LOVE U
* subjek Asas Animasi 2D CV21303 semester 4
Friday, 1 June 2012
JUNE
JUMAAT, 1 June 2012...
January,February, March,April, May,June? masa berlalu begitu pantas umpama meteor yang melepasi planet bumi. Apabila memasuki bulan June bermakna ada 6 bulan lagi untuk tahun 2012. Wahh, macam mimpi pula!
Bagi sesetengah mahasiswa bulan June(untuk tahun 2012) sangat dinantikan kerana semua perkara sudah settle.Maksudnya, semua tugasan sudah siap dihantar kepada pensyarah dan tidak perlu lagi memeningkan kepala untuk semua itu.Tapi, bila semua tugasan sudah dihantar tidak bermakna mereka sudah dianggap 'merdeka' kerana FINAL EXAM sedang menanti anda,jeng,jeng... mood : nak balik kampung (macam mana nie).Untuk semester 4, final exam just 3 paper but jarak exam too much and i think this is not fair. Two weeks stayed kat bilik,so u must REMINDED urself rajin2 ulangkaji (ungkapan basi). So, menanti 1st paper on 14 June, 18 June and lastly 19 June.
Cuti ulangkaji : 1-3 June
Peperiksaan : 4-23 June
week 1: 4-8June
week 2: 11-15 June
week 3: 18-23 June
- LUCKY YOU ! -
Tuesday, 22 May 2012
sanggar peppek
Perjalanan menaiki bas UMS dari Kota Kinabalu ke Tawau memang mengambil masa yang agak lama iaitu selama 12 jam termasuk makan dan solat. Kali pertama datang ke Tawau berkampung di Kongsi 10 (Kg.Jawa) bersama pelajar2 senior (tahun 3) ketika di semester 3 [2/1]. Agak serik juga untuk datang ke sini kerana perjalanan yang begitu lama ditambah pula dengan jalan yang berbukit-bukau dan berliku-liku
Bersama program MAKUM ( Majlis Kebudayaan Universiti- Universiti Malaysia) sekali lagi kaki ini berpijak di bumi Tawau,siapa yang menduga? Pada semester 4 [2/2] Bersama-sama pelajar dari UNIMAS, UNISZA & UMS selama 5hari 4 malam di Kampung Titingan, Tawau. 99% penduduk di sini adalah islam Bugis. Pada malam ke-3, keluarga angkat telah memperkenalkan salah satu jenis makanan yang dikenali sebagai sanggar peppek.
Kebanyakkan orang semenanjung sudah tentu tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan Sanggar Peppek kan? Dalam bahasa Bugis, sanggar peppek ialah pisang yang pukul. Ianya dimakan bersama sambal (cili ditumbuk bersama tomato) agak pedas juga. Gambar dibawah adalah sanggar peppek yang sudah sedia untuk dijamu..
*maaf sekiranya terdapat kesalahan ejaan atau sebutan (sanggar peppek)
Bersama program MAKUM ( Majlis Kebudayaan Universiti- Universiti Malaysia) sekali lagi kaki ini berpijak di bumi Tawau,siapa yang menduga? Pada semester 4 [2/2] Bersama-sama pelajar dari UNIMAS, UNISZA & UMS selama 5hari 4 malam di Kampung Titingan, Tawau. 99% penduduk di sini adalah islam Bugis. Pada malam ke-3, keluarga angkat telah memperkenalkan salah satu jenis makanan yang dikenali sebagai sanggar peppek.
Kebanyakkan orang semenanjung sudah tentu tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan Sanggar Peppek kan? Dalam bahasa Bugis, sanggar peppek ialah pisang yang pukul. Ianya dimakan bersama sambal (cili ditumbuk bersama tomato) agak pedas juga. Gambar dibawah adalah sanggar peppek yang sudah sedia untuk dijamu..
*maaf sekiranya terdapat kesalahan ejaan atau sebutan (sanggar peppek)
Saturday, 12 May 2012
midsummer night's dream
Persaingan begitu mencabar setiap kali pembukaan semester baru. Jadi memang agak susah jugak untuk mendapat penempatan kolej terutama kolej E. Yang paling special tentang kolej E ialah salah satu kolej kediaman swasta diantara kolej-kolej lain seperti kg Ab, Cd, Indah Permai, Kingfisher dan Usia (baru ditubuhkan pada tahun 2012).
Sedar tak sedar rupanya sudah 4 semester jadi penghuni setia kampung E. Rasa bertuah juga dalam ramai2 insan akulah salah satu warga kg E yg tinggal di situ. Jadi hanya ada 1 semester lagi untuk tinggal di sini? adakah masih ada peluang untuk tinggal di sini?Atau diri ini yang akan disingkirkan selepas pembukaan semester baru iaitu 2012/2013(mintak di jauhkan).. kalau tak nak tinggal kat mana lepas nie? kat UCA masih ada kosong k.sri?(booking bilik)
Kampung E terkenal dengan 'Kolej Kebudayaan'. Pelbagai acara yang dianjurkan oleh Kg E tidak hairanlah jika seluruh warga Kg E juga turut aktif. Kalau tak silap Midsummer Night's Dream Dinner adalah event paling besar di Kg E (salah satu cara untuk mendapatkan penempatan kolej)....
Wednesday, 2 May 2012
aura mimpi
LAKON sudah aku tandingi
MENARI sudah aku halangi
ternyata disini
MENULIS menarik hati
andai aku seorang penulis
SAJAK peneman diri
CERPEN harus diterokai
NOVEL mesti dijiwai
CERITA mesti diteladani
IDEA mesti dihujani
tanpa henti
akan ku coret kata hati
ku ukir kata emosi
akan ku tulis penuh erti
tak akan ku berhenti
pasti ada lagi
~karya AUNI ISMAIL~
coretan: dunia seni yang penuh dengan warna-warni. tanpa seni dunia akan sunyi. walaupun hanya 1 jam kredit ia begitu bermakna untuk kami (anak2 seni@UMS) demi resital. Persembahan aku kali ini sebagai penyajak merupakan persembahan untuk Resital 3 (akhir). Biarlah pada hari ini aku telah menyumbang sedikit sebanyak untuk persembahan resital kumpulan 4 biarpun tidak yang terbaik. Persembahan resital kali ini adalah yang terakhir bagi pelajar2 SPS dan banyak memberi impak yang positif kepada pelajar2. Disini, kami diajar tentang pelbagai teknik sebelum lakonan dan semasa lakonan dijalankan. Persembahan yang dilakukan tidak semestinya dilakukan diatas pentas namun ia boleh dilakukan dimana2 saja contohnya seperti teater jalanan. Terima kasih kepada penyelia resital kumpulan 4 iaitu En. Suhaimi Magi yang memberikan idea kepada kumpulan kami untuk melakukan persembahan yang berbeza dengan persembahan2 yang sebelumnya. Persembahan kali ini telah memberikan kepuasan kepada diri ini. Kepada kawan2 yang belum membuat persembahan sahut cabaran untuk anda berada di atas pentas juga. Ini merupakan yang terakhir kerana selepas ini kita akan merindui dunia lakonan...AURA MIMPI terbaikkk
MENARI sudah aku halangi
ternyata disini
MENULIS menarik hati
andai aku seorang penulis
SAJAK peneman diri
CERPEN harus diterokai
NOVEL mesti dijiwai
CERITA mesti diteladani
IDEA mesti dihujani
tanpa henti
akan ku coret kata hati
ku ukir kata emosi
akan ku tulis penuh erti
tak akan ku berhenti
pasti ada lagi
~karya AUNI ISMAIL~
coretan: dunia seni yang penuh dengan warna-warni. tanpa seni dunia akan sunyi. walaupun hanya 1 jam kredit ia begitu bermakna untuk kami (anak2 seni@UMS) demi resital. Persembahan aku kali ini sebagai penyajak merupakan persembahan untuk Resital 3 (akhir). Biarlah pada hari ini aku telah menyumbang sedikit sebanyak untuk persembahan resital kumpulan 4 biarpun tidak yang terbaik. Persembahan resital kali ini adalah yang terakhir bagi pelajar2 SPS dan banyak memberi impak yang positif kepada pelajar2. Disini, kami diajar tentang pelbagai teknik sebelum lakonan dan semasa lakonan dijalankan. Persembahan yang dilakukan tidak semestinya dilakukan diatas pentas namun ia boleh dilakukan dimana2 saja contohnya seperti teater jalanan. Terima kasih kepada penyelia resital kumpulan 4 iaitu En. Suhaimi Magi yang memberikan idea kepada kumpulan kami untuk melakukan persembahan yang berbeza dengan persembahan2 yang sebelumnya. Persembahan kali ini telah memberikan kepuasan kepada diri ini. Kepada kawan2 yang belum membuat persembahan sahut cabaran untuk anda berada di atas pentas juga. Ini merupakan yang terakhir kerana selepas ini kita akan merindui dunia lakonan...AURA MIMPI terbaikkk
Sunday, 29 April 2012
PANTUN NASIHAT
Baba dan Nyoya ada di Melaka,
Sentiasa hidup aman dan bahagia;
Senyum dan sapa amalan kita,
Agar hidup aman bahagia.Menangkap ikan mengguna bubu,
Ikan dijual dipadang merdeka;
Dengarlah nasihat ayah dan ibu,
Kelak tidak menjadi anak derhaka.
Tinggi sungguh pokok kelapa,
Daun bergerak angin meniup;
Asal usul jangan lupa,
Bila berjaya dalam hidup.
~hak cipta sendiri~
hasil pembelajaran Penulisan Karya 1 (Dr Low)
Friday, 27 April 2012
VOLUME dan ANDA
kenapa dikaitkan dengan volume? volume yang tinggi sememangnya boleh menganggu sedikit sebanyak 'ketenteraman' orang yang berada disekeliling bukan? Ditambah pula sekiranya VOLUME itu menyebabkan PENCEMARAN BUNYI ...Bagaimana pulak dengan orang yang selalu diganggu dengan pencemaran bunyi seperti ini? memang ANDA akan marah,geram,sakit hati dan sebagainya especially time tengah study o ada test...Setiap malam pasti high VOLUME berbunyi menyebabkan yang lain terus marah tapi (dalam diam ). kalau ANDA berada dalam keadaan seperti ini barulah ANDA akan mengerti. Susah juga nak menerangkan dan diterangkan?hiks3...
Biarlah VOLUME itu berhenti dengan automatiknya tanpa perlu menekan low VOLUME..Oppss time jugak la VOLUME berbunyi tapi best dapat jadi latar muzik, hiks...Ini salah satu tahap kesabaran yang perlu ada dalam diri ANDA maka senyum dan tak perlu kata apa-apa ^_^
Biarlah VOLUME itu berhenti dengan automatiknya tanpa perlu menekan low VOLUME..Oppss time jugak la VOLUME berbunyi tapi best dapat jadi latar muzik, hiks...Ini salah satu tahap kesabaran yang perlu ada dalam diri ANDA maka senyum dan tak perlu kata apa-apa ^_^
Monday, 23 April 2012
langkah permulaan
ya,hari ini aku sudah mempunyai blog sendiri. blog yang d 'create' time clas animasi, maaf ye cik Emilda & en Fuad. ni idea EFFY,bdk tecik yang nakal dan comel tu. cik FATIMAH yang skema terima kasih kerana kongsi skill itu. akhirnya, terhasillah blog ku yang diberikan nama CAHAYA SYA'BAN...
Subscribe to:
Posts (Atom)