Wednesday, 12 September 2012

24 syawal

24 jam sudah berada dibumi Borneo. Semester baru bermula dan tugasan sedang melambai-lambai. Jadi kuatkan fizikal dan mental untuk menanti cabaran untuk final year. Perkara pertama, daftar untuk kolej kediaman dan tidak disangka satu bilik dengan pelajar sps iaitu kawan sendiri (Shidah). Bukan main terkejut lagi,hihi..Dapat pula bilik double ( impian yang sudah tercapai) biarpun untuk satu semester saja. Sabarlah ye Shidah, u know kan i ni suka usik-usik you. Hanya untuk sekadar gurauan...

Barang-barang banyak terlampau. Tidak cukup kaki tangan dan tenaga untuk mengangkat. Terima kasih Tie, Wani dan Mira sudi angkat barang-barang. Dari bilik Karma ke Usia (kolej wani) menuju ke kolej AB dan akhir sekali Kolej E. Dari kolej E pula, mencari barang Mira di blok A1. Mandi peluh impak mencari barang-barang di blok A2 yang macam kapal pecah. Destinasi akhir, membawa barang2 ke bilik masing2 dengan tiga tenaga wanita. Memang anda sabar dalam menahan berat barang dan  mendapat 'hadiah' sakit urat dan tapak tangan. Semoga jasa kalian hanya mampu dibalas olehNya. Biarpun wanita hanya insan yang lemah tetapi mempunyai hati yang kuat untuk mengharungi segala rintangan. Bak kata pepatah, berat sama dijunjung,ringan sama dijinjing bukannya seperti melepaskan batuk ditangga.Sesuai ke? Tepuk dada tanya selera.

No comments:

Post a Comment