Syukur alhamdulilah kerana berakhir sudah debaran yang ditunggu-tunggu. Mungkin ini adalah satu anugerah dan rahmatNya sempena di bulan yang mulia ini [24 Ramadhan]. Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu?
Selama menjadi penghuni di Kolej Kediaman E@ Kolej Kebudayaan iaitu 5 semester memang agak bertuah tapi mungkin jugak nasib yang menyebelahi. Kolej E memang kolej yang sangat aktif dan mempunyai penghuni yang mencecah 3000 orang berbanding kolej2 yang lain. Untuk terakhir kali menjadi mahasiswi pada tahun akhir memang sedikit mencabar. Dengan kehadiran para junior memang ia memberi saingan yang hebat terutama [ pelajar tahun akhir] kerana peluang untuk menetap di kolej sangat tipis. Tambahan pula, bagi pelajar-pelajar dari Semenanjung memang menanbahkan lagi debaran dan kerisauan.
Apabila semakan dibuat di Portal [ status asrama] : Permohonan anda telah diluluskan untuk tinggal di asrama pada semester 1 2012/2013. Sila buat pengesahan tinggal asrama untuk tingal di kolej kediaman [E] semasa pendaftaran kolej. Ini membuktikan bahawa diberi peluang untuk menetap di sana. Jadi, sebelum check-out [tamat pengajian] seharusnya memberi sedikit sumbangan kepada kolej E.
No comments:
Post a Comment