bila terdengar takbir raya menandakan hari 'kebesaran' bagi seluruh umat islam. Begitu juga keadaan di Negeri Bawah Bayu. Tetapi tetap mempunyai perbezaan suasana dengan Semenanjung. Hati terasa sebak dan sayu apabila kedengaran takbir.
Sempena hari raya aidil adha pada tahun ini sekali lagi buat ketiga kali aku tidak dapat menziarahimu kerana bejuang demi menuntut ilmu. Dihati ini engkau selalu dihatiku dan masih ada rindu walaupun telah lama kau pergi. Biarpun aku tidak dapat pergi bersama ma, ayah dan adik2 untuk menziarahi pusaramu namun doa sentiasa mengiringimu. Aku juga berharap agar tahun ini menjadi tahun terakhir beraya di negeri orang. Tidak dinafikan setiap kali tibanya hari raya aidil adha aku tidak dapat ke sana. Selagi aku masih bernafas akan sentiasa aku mengingatimu dan mendoakanmu ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh. Pagi esok selepas solat hari raya aidil adha keluarga kita akan pergi menziarahimu bersama iringan doa. Kau selalu di hati kami semua. Salam rindu duhai adikku. Al-Fatihah.
~salam idul adha buat semua umat Islam~ salam perantauan
No comments:
Post a Comment