Friday, 26 October 2012

Bersamamu teman

Salam aidil adha buat seluruh umat Islam terutama buat teman2 seperjuangan yang menyambut di perantauan. Termasuk juga ucapan buat diri sendiri. Semestinya masjid2 dipenuhi umat Islam untuk menunaikan solat sunat begitu juga dengan masjid Ums termasuklah orang2 luar. Disini menunjukkan terdapat kekuatan umat Islam.

Makanan. Selepas semua urusan selesai tiba pula acara makan-makan di pagi raya bersama teman2. Opss, sebelum itu kami saling bersalam-salaman [mohon maaf ada salah dan silap]. Kamera perkara yang mesti diutamakan untuk mengambil gambar dijadikan kenang-kenangan [selepas tamat belajar]. Juadah makanan yang telah disediakan oleh master chef [Achik, K.yat] memang menyelerakan - Nasi minyak[merah]. Kalian memang kreatif! Rendang ayam sudah menjadi kewajipan dan nasi himpit sebagai 'pencuci mulut'. Terima kasih rezeki untuk hari ini.

Bongawan menjadi destinasi pilihan. Terima kasih kepada P.cik Pangeran dan sekeluarga yang sudi menerima kunjugan kami ke sana. Jamuan yang sedap dihidangan untuk kami- kelupis [salah satu makanan brunei], makaroni, gulai daging kawah dan banyak lagi. Sungguh mengenyangkan. Inilah rezeki Achik, kak Ayu dan Tie. Hari raya pun tetap mencari peluang dengan mengorek sedikit mengenai Cj Brunei. Sekali lagi terima kasih yang tidak terhingga buat P.cik Pangeran dan keluarga. Jika ada kesempatan kami akan berkunjung lagi ke teratak P.cik di sana.

Kingfisher. Memang tidak sah kalau tidak membuat kunjugan ke sana. Selamat hari raya mak cik. Walaupun sibuk beraya sakan 'konon' tapi mak cik tidak dilupakan. We want make sure that you're not alone,hihii..

Raya tahun ini sudah semestinya yang terakhir kita menyambut bersama2 kerana selepas ini semua akan membawa haluan sendiri. Jadi marilah kita semua meraikan dengan penuh syukur dan gembira. Raya tahun ini kita telah meraikan bersama2 dan telah menjadi sejarah dalam hidup kita semua ;P

k.yatTieAchikK.ayuZizahHudaShiWanijohorAnaIfaWaniwahabAddaBlokB1


No comments:

Post a Comment