September sudah berlalu october yang datang. Ah, cepat sungguh masa berlalu. Ayuh jangan berlengah lagi teruskan perjuangan kita sebagai mahasiswa/i. Tugasan ibarat sahabat baik buat masa sekarang tapi itu semua hanya perkara biasa,bukan? Normal sebagai mahasiswa/i.
Walaupun sibuk dengan tugasan, namun ulang tahun kawan-kawan tidak akan dilupakan dengan begitu saja. Biarpun tidak menyambut dengan besar-besaran tapi cukuplah secara sederhana. Hari ulang tahun 'kelahiran' tetap diraikan biarpun jauh keluarga nun disana dengan sahabat handai. Hari ini tiga orang kawan telah menyambut hari kelahiran yang sama iaitu Fatimah, Shazwani & Shidah aka Anajoi suonlight (my roomate). Tambahan pula, mereka ini merupakan classmate, its really special. Tanpa membuang masa, rancangan diatur supaya tidak dapat dikesan akhirnya semua rancangan telah menjadi kenyataan. Selepas ini siapakah magsa yang seterusnya? Juz wait n see,hihii...
Disini, saya bersama krew2 yang terlibat ( K.yat, Effy, Huda, K.yana, Mira) dengan merendahkan diri ingin memohon maaf daripada kalian semua (tie, wani.shidah). Niat kami semua hanya untuk menghiburkan kalian supaya tidak bersedih kerana 'menyambut' hari ulang tahun di perantauan. Ini merupakan hadiah yang terbesar daripada kami semua untuk sahabat2ku sempena diakhir semester sudah. SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG-SAYANGKU...
No comments:
Post a Comment