Saturday, 23 June 2012

Kelantan vs Sabah

Memang pada awalnya; alangkah best kalau balik kampung ada perlawanan bola(The Red Warrior@TRW). Mungkin masih bernasib baik petang kelmarin my little brother memberitahu bahawa pada malam ini ada perlawanan bola diantara TRW dengan Sabah Fa. Apalagi excited la nak pergi tengok. Pada mulanya tidak mahu pergi sebab Izwan tak da kat Kelantan (menyertai perlawanan bola sepak di Pinang). Apa pun tahniah dekat Izwan sebab berjaya menjaringkan sebanyak 4 gol daripada 6 gol. Tahniah, sememangnya anda berbakat.Bila difikir-fikir siapa la yang mahu diajak untuk buat geng@peneman@kaki bola ni. Dah la Ana pun baru  pergi KL. Akhirnya, Asiah yang aku melamar. Nasib baik dia menerima lamaran untuk pergi tengok bola.Lagipun dia juga minat bola juga. Paling terkejut bila beli tiket harga rm15 untuk yang biasa.Punya mahal desis hati ini [biasanya masuk FREE] kali ini nak jadi budak baik jadi masuk kena beli tiket dulu.Berbaloi dengan harga tiket yang di beli TRW berjaya menjaringkan gol sebanyak 2 gol. Gol yang ke-2 [hampir masa tamat] dijaringkan oleh Indra Putra Mahyudin tapi gol yang pertama tak sempat nak tengok sebab masuk lewat sedikit(tengok2 dah ada 1 gol) kan dah rugi. Keputusan perlawanan Kelantan vs Sabah 2-0.
Alangkah seronok jika waktu itu k.Sri Mastika ada sekali dengan memakai jersi Kelate dengan memberi sorakan tapi apakan daya hanya telinga yang menjadi saksi.

1 comment: