Saturday, 30 June 2012

Demam Borneo

Lebih kurang 48 jam lagi i'll fly to Kota Kinabalu untuk 'menikmati' semester pendek [hanya budak-budak seni_sps]. Semester pendek  sudah bermula pada 25 Julai tapi memang 'disengajakan' untuk pulang lewat seminggu. Dalam kesibukkan dirumah dengan pelbagai aktiviti termasuklah mencari barang-barang keperluan untuk dibawa ke sana secara tidak langsung badan tiba-tiba menjadi lemah dan mendapat sedikit selesema. Mungkin disebabkan badan 'terkejut' mendapati jiwa akan kembali bertandang di bumi Borneo[ yang sebenarnya masih tidak puas dengan cuti selama 10 hari di kampung dengan membuat cuti tambahan sendiri]. Hati kata tidak mahu lagi pulang ke rumah ke-2(Ums) tapi kaki ini memaksa dan mengheret untuk ke sana. Demam Borneo akan terjadi apabila tiba masa untuk kembali ke sana(BKI). Esok masa untuk pergi membeli-belah di atas pasar Siti Khadijah sambil membeli barang-barang yang dikirim oleh pensyarah dan kawan-kawan seperti serunding(ayam,daging), keropok segera,budu PDRK[hanya di Tesco & kiosk2 PDRK],yang penting sekali Roti Gardenia dari Semenanjung istimewa untuk kawan-kawan di sana. Alahai demam Borneo melanda menyebabkan tidak dapat untuk pergi menonton perlawanan bola sepak diantara TRW vs Selangor.Sekali lagi tahniah kepada TRW [1-0]

No comments:

Post a Comment