Pagi2 lagi saya berjalan turun dari tingkat 4 ke tempat menunggu bas T.U.T* di hadapan blok A3. Tidak lama kemudian Dr.Asmiaty datang dengan sebuah kereta. Wah, beliau seorang yang hebat kerana masih lagi dapat memandu kereta[MANUAL]. Apalagi lagi, saya yang memegang stereng kereta dengan bismilah. 'Alamak! mati kepanasan kita ini,cerminnya nda dapat dibuka, air cond pun sama.' Jadi macam manalah kita ini?[dah la kereta baru je repaired] Tak pa, kita tukar kereta[AUTO]. Selepas mengisi minyak di Shell, suis diputar cermin dan air-cond BERFUNGSI! [ketawa gembira]. Selepas sarapan,kami meneruskan perjalanan ke Membakut. Banyak sungguh pengetahuan yang diperolehi ketika berjumpa dengan orang2 di Membakut [Kg. Pimping & Kg.Saga] yang tidak lokek dengan ilmu yang ada. Terima kasih kepada K.Mariam kerana sudi membantu dan segala urusan berjalan dengan lancar. Masa yang ada memang betul2 dimanfaatkan oleh kami. Dari Membakut- KK singgah di gerai kejap beli buah-buahan iaitu rambutan, manggis dan durian. Tapi, Durian memang mahal ada yang rm35, rm10, rm8 per kilo. Tapi, itulah realiti harga durian yang tidak ada di Semenanjung. Istimewa bukan? Pengalaman bersama beliau pada hari ini tidak akan dilupakan begitu saja. Terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau yang sudi membawa diri ini untuk mendalami ilmu 'kerja lapangan'. Destinasi kita yang seterusnya...[Kota Belud, KUDAT, MEMBAKUT LAGI??] Saya ON saja.
~Hepi Deepavali~
*tuaran united transport[T.U.T]
No comments:
Post a Comment