Wednesday, 7 November 2012

Draf 1

Permulaan tesis. Bagi mahasiswa/i terutamanya [sps] tesis merupakan satu latihan ilmiah yang perlu untuk memenuhi syarat memperolehi ijazah sarjana muda. Tesis yang dibuat akan dipantau oleh penyelia masing-masing yang telah ditetapkan. Pada awalnya, satu perjumpaan akan diadakan bersama-sama penyelia bagi membincangkan tajuk yang sesuai dan memudahkan kepada mahasiswa/i. Dibawah penyelia, terdapat 8-10 orang pelajar. Berbeza dengan penyelia kami. Diawal perjumpaan, penyelia kami sudah memberikan tip-tip untuk permulaan membuat proposal [pengenalan]. Apa yang menarik, selepas cuti short semester, semua pelajar dibawah beliau dikehendaki menghantar proposal sebelum pembukaan semester baru. Satu cabaran kepada kami! enlokmanabdsamad penyelia yang terbaik.

Lebih kurang 2 minggu cuti mid-sem satu lagi perjumpaan bersama penyelia. Perjumpaan tersebut hanyalah untuk menyatakan masalah yang terdapat dalam proses kajian dan bertanya perkara-perkara yang perlu dimasukkan sebagai maklumat tambahan. Segala masalah dan persoalan telah dikemukakan antara kami dengan penyelia. Sebelum tamat perjumpaan tersebut, penyelia kami telah menetapkan tarikh 10 NOV adalah hari untuk menghantar draf pertama. Terkejut dan membisu semua pelajar ketika itu.

Syukur kepada Allah walaupun berada dalam kesihatan yang tidak baik, namun dengan usaha yang dilakukan draf pertama berjaya disiapkan dan mungkin masih ada maklumat yang perlu diletakkan. Tidak mengapa, draf tersebut perlu dihantar dan akan disemak oleh penyelia. Kepada ahli2 kumpulan AriswantoAchikSelselaAzaritaSalfaizaVivilinHafizahMaslijanItaWill moga kita semua dapat menghantar draf pertama. Buktikan kita semua hampir berjaya menyiapkan latihan ilmiah. Kulit BIRU sedang menanti,hahaha


No comments:

Post a Comment