Salam Maal Hijrah.
Destinasi kerja lapangan untuk hari ini di Binsulok di daerah Membakut bersama Dr. Asmiaty. Agak menarik kerana kali ini Along juga ikut bersama. Tanpa disangka tepat jam 9.30 pagi kami sampai di Kuala Penyu. Jauh dari sasaran by the that area very beautiful because its nature. Tambahan pula, ada resort. Menarik kan.
Walaupun sungguh jauh perjalanan tetapi banyak hasil/dapatan yang diperolehi dengan bantuan informan2 di situ[suku kaum Brunei]. Along, banyak pertanyaan yang ditanya sepanjang perjalanan dan kami bercakap tidak sedar dan akibatnya sampai ke Kuala Penyu. Terima kasih kepada Along kerana sudi membantu sebagai perakam suaradi kajian lapangan. Ini Along boleh dijadikan sebagai pengalaman biarpun baru berusia 13 tahun tapi sudah terlibat secara langsung. Lagi pula cuti sekolah jadi tak rugi ikut kami membuat kajian. Banyak juga kami bertiga berbual-bual dengan bermacam perkara sehingga tidak kering gusi. Tapi kan kami hairan macam mana Along boleh tertidur ketika P.cik Ag Hashim sedang bercerita tentang cerita jenaka. Tak pun Along penat sebab hampir satu hari kita berada di tempat kajian.Lain kali, Along dah boleh teman mama untuk pergi membuat kerja lapangan sebab sudah ada pengalaman. Jangan lupa ajak Angah sekali..hihi
No comments:
Post a Comment