SUDAH CUKUP SUDAH-NIRWANA
Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja
T’lah berulangkali ku coba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu
lirik diatas sudah cukup menggambarkan perasaan seorang lelaki yang kecewa kerana telah ditinggalkan oleh pasangan kekasih hati. Tetapi bukan itu yang mahu dikupas. Seseorang yang bersifat hipokrit, berpura-pura dan plastik juga sangat sesuai untuk ditujukan lagu diatas. Bukan menghukum tetapi usahlah lagi bersifat sedemikian kerana Allah pasti tidak menyukai akan sifat tersebut [muslim]. Guruku berpesan dua perkara; [1] ingatlah kebaikan yang telah orang berikan kepada kita [2] lupa kebaikan yang pernah kita lakukan dan ingatlah keburukan yang pernah kita lakukan terhadap seseorang. Sebagai manusia kita juga mempunyai hati dan perasaan. Bayangkan bagaimana sentiasa diarah untuk melakukan sesuatu tanpa keikhlasan hati? Tentu hati memberontak bukan? Jadi kita sebagai manusia perlulah menghormati hak seseorang. Boleh sekiranya untuk memberi pandangan BUKAN arahan. Diarah dan mengarah adalah dua perkara yang berbeza. Jika anda mahu orang menghormati anda maka terlebih dahulu dengan merendahkan diri menghormati orang lain dahulu. Rasanya tidak rugi tanpa membawa EGO yang tinggi. Alangkah baik jika ego itu boleh cepat mencair seperti ais [kutub utara]. Inikan sebahagian lakonan yang sudah dipentaskan dalam realiti dunia manusia.