Sunday, 28 April 2013

biarlah waktu berlalu

semakin banyak membaca semakin banyak ilmu yang diperolehi. Benarlah kata seorang pensyarah; ' You cant' writing when stop reading'. Jadi tidak semestinya dengan banyak membaca kita boleh menilai seseorang  hanya melihat sifat luaran sahaja. kenapa masih ada lagi insan yang begini. sayangnya, dengan pendidikan yang makin moden namun di minda sudah 'ditetapkan' maka begitulah jadinya.

SALAH. setiap orang pasti melakukan kesalahan. tidak kira sama ada kesalahan besar atau kecil. namun, bukankah kita mesti mendengar penjelasan terlebih dahulu? barulah boleh membuat keputusan. Itulah dinamakan keadilan.

BENCI. Kenapa mesti ada perasaan benci? bukankah Tuhan sudah meletakkan perasaan kasih dan sayang dalam setiap jiwa yang bernyawa? jangan hapuskan perasaan kasih yang sayang dan jangan suburkan perasaan benci dalam hati. nanti hati akan menjadi sakit. jagalah hati [macam lagu Jaclyn Victor].

kenapa perhubungan silaturahim yang terjalin mesti dilupakan dengan cara begini? Ya, ego yang menguasai diri. bukan kerana nama untuk memilihmu menjadi teman.tafsiran yang dibuat adalah SALAH. hati yang bersalah kerana bernafsu! kecil hati bila ada prasangka dan tafsiran yang dibuat begitu. namun, sebagai manusia, berhak untuk membuat penilaian,bukan? 

Monday, 1 April 2013

Pemergian

kuatkan jiwa bila berada jauh daripada keluarga. setiap makluk yang bernyawa pasti akan meninggalkan alam dunia kerna kembali ke alam barzakh. dari jauh aku hanya mampu berdoa untuk arwah datuk yang telah kembali ke rahmatullah pada 23 Mac 2013. sudah dimaklumkan oleh ahli keluarga bahawa 3 hari sebelum itu 'arwah ayah' telah mengalami kemalangan yang kecil sahaja. arwah tidak mengalami kecederaan yang teruk cuma mengikut kata doktror, arwah hanya mengalami tekanan darah yang tinggi. kemalangan berlaku betul-betul di hadapan rumah. kata nenek, mungkin ajal telah mengikuti arwah dan itu hanya penyebab. arwah dihantar ke klinik terdahulu dan diarahkan oleh HA untuk mendapatkan rawatan susulan di hospital Raja Perempuan Zainab II [HRPZ II].  Semasa di klinik Lundang Paku [Ketereh], arwah ada menyatakan bahawa dia cuma terasa pening sahaja kepada abah yi. setibanya di HRPZ II arwah mula tidak sedarkan diri. air mata ini terus mengalir tanpa dipinta. dari jauh aku hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan arwah kerana setiap kali bertandang ke rumahnya kami selalu berbual-bual. setiap kali aku ingin ke Sabah, pasti aku akn pergi berjumpa dengan arwah ayah untuk mengucapkan selamat tinggal. kali terakhir sebelum aku ke Sabah,tanggal 1 Feb 2013 aku berjumpa dan sempat mencium tangannya. kini apabila aku pulang [Kelantan] sudah tidak ada lagi tangan yang akan aku cium. Semoga arwah ayah ditempatkan dalam kalangan yang soleh. Al-Fatihah.

Tuesday, 1 January 2013

Pembukaan Tirai 2013

Terlalu banyak kenangan yang ditinggalkan untuk tahun 2012. Kenangan pahit dan manis telah dilalui bersama insan di sekeliling. Cukuplah ianya menjadi sebuah kenangan yang sangat bernilai. Benarlah, kehidupan itu satu pengalaman. Selamat datang tahun 2013 dan aku masih lagi berada di sebuah bandar raya Kota Kinabalu bersama teman-teman yang tersayang bukan lagi bersama keluarga. Biarpun jauh daripada pandangan mereka hati ini selalu merindui dan mendoakan untuk keluarga tersayang. Sempena tahun baru 2013 pengalaman hidup yang lepas akan dijadikan panduan untuk yang akan datang. Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu kerana pada pagi tahun baru aku masih bernafas. Semoga dipermudahkan segala urusan dan memperbanyakkan kesabaran dalam diri. Tahun 2013 juga membawa peningkatan angka usia.

Saturday, 15 December 2012

selamat hari jadi AYAH

Ext. Kolej Kediaman E - Siang

(mengambil telefon dan mendail)
O'o  : (mendengar Caller ringtones)...
ayah : assalamualaikum...
O'o  : (menjawab salam), ayah..
ayah :  ada apa?
O'o  :  Ayah, selamat hari jadi...
ayah : (diam sekejap) selamat, terima kasih.
O'o  : moga umur ayah diberkati dan banyakkan bersabar.
ayah : amin...
(bunyi azan maghrib 18:05)
O'o  : ayah, selamat hari jadi dan sayang ayah.
Ayah: Terima kasih. maghrib sudah?
O'o  : iya, baru masuk waktu. Oklah, ayah.
Ayah: assalamuaikum..
(End called)

walaupun berada jauh di mata ayah namun hari ayah ayah tidak akan dilupakan begitu saja. hanya ucapan diiringi doa yang mampu aku ucapkan kepada ayah. kadang-kadang tak dinafikan pada ketika ayah tegas bila membuat keputusan menyebabkan 'rasa nak marah' kat ayah. tapi bila nak saja sesuatu ayah terus bagi. Terima kasih ayah,sayang ayah. ayah adalah ayah yang terbaik *_*

Sunday, 9 December 2012

Mimpian Jadi

Perjalanan pada waktu malam yang begitu gelap kiri dan kanan bertemankan hutan. Lampu jalan boleh dikira! disertai hujan yang masih turun tanpa henti. Lampu kereta yang malap. Hanya papan tanda yang menjadi petunjuk. Perjalanan ini disertai dua orang dewasa[perempuan] dan lima orang kanak-kanak. Syukur kami selamat tiba di resort berkenaan dan apa lagi dinner time.. 

Pada waktu pagi acara sukan telah diadakan. Apalagi Along, Angah dan Hud tidak ketinggalan untuk menyertai permainan yang diadakan. Pelbagai gelagat peserta [pensyarah2/anak2 kecil] yang dapat dilihat ketika menyertai pertandingan sukaneka. Banyak juga hadiah yang di bawa pulang oleh tiga beradik biarpun tidak mendapat johan.

Sempena hari keluarga PPIB [Pusat Penataran Ilmu Bahasa] yang berlangsung dari 8-9 Dis 2012 banyak pengalaman yang diperolehi ketika bermalam di sana bersama along,angah dan Hud. terima kasih kepada kakak yang sudi memberi peluang kepada saya untuk melihat corak dan kehidupan manusia. Mimpian Jadi resort merupakan tempat yang kedua selepas Rasa Ria Shang-Ri La Hotel.

*Semua yang berlaku ini telah disusun oleh Pencipta-Mahaguru



Thursday, 15 November 2012

cuti sekolah Along

Salam Maal Hijrah.
Destinasi kerja lapangan untuk hari ini di Binsulok di daerah Membakut bersama Dr. Asmiaty. Agak menarik kerana kali ini Along juga ikut bersama. Tanpa disangka tepat jam 9.30 pagi kami sampai di Kuala Penyu. Jauh dari sasaran by the that area very beautiful because its nature. Tambahan pula, ada resort. Menarik kan.
Walaupun sungguh jauh perjalanan tetapi banyak hasil/dapatan yang diperolehi dengan bantuan informan2 di situ[suku kaum Brunei]. Along, banyak pertanyaan yang ditanya sepanjang perjalanan dan kami bercakap tidak sedar dan akibatnya  sampai ke Kuala Penyu. Terima kasih kepada Along kerana sudi membantu sebagai perakam suaradi kajian lapangan. Ini Along boleh dijadikan sebagai pengalaman biarpun baru berusia 13 tahun tapi sudah terlibat secara langsung. Lagi pula cuti sekolah jadi tak rugi ikut kami membuat kajian. Banyak juga kami bertiga berbual-bual dengan bermacam perkara sehingga tidak kering gusi. Tapi kan kami hairan macam mana Along boleh tertidur ketika P.cik Ag Hashim sedang bercerita tentang cerita jenaka. Tak pun Along penat sebab hampir satu hari kita berada di tempat kajian.Lain kali, Along dah boleh teman mama untuk pergi membuat kerja lapangan sebab sudah ada pengalaman. Jangan lupa ajak Angah sekali..hihi

Tuesday, 13 November 2012

Perjalanan ini

Pagi2 lagi saya berjalan turun dari tingkat 4 ke tempat menunggu bas T.U.T* di hadapan blok A3. Tidak lama kemudian Dr.Asmiaty datang dengan sebuah kereta. Wah, beliau seorang yang hebat kerana masih lagi dapat memandu kereta[MANUAL]. Apalagi lagi, saya yang memegang stereng kereta dengan bismilah. 'Alamak! mati kepanasan kita ini,cerminnya nda dapat dibuka, air cond pun sama.' Jadi macam manalah kita ini?[dah la kereta baru je repaired] Tak pa, kita tukar kereta[AUTO]. Selepas mengisi minyak di Shell, suis diputar cermin dan air-cond BERFUNGSI! [ketawa gembira]. Selepas sarapan,kami meneruskan perjalanan ke Membakut. Banyak sungguh pengetahuan yang diperolehi ketika berjumpa dengan orang2 di Membakut [Kg. Pimping &  Kg.Saga] yang tidak lokek dengan ilmu yang ada. Terima kasih kepada K.Mariam kerana sudi membantu dan segala urusan berjalan dengan lancar. Masa yang ada memang betul2 dimanfaatkan oleh kami. Dari Membakut- KK singgah di gerai kejap beli buah-buahan iaitu rambutan, manggis dan durian. Tapi, Durian memang mahal ada yang rm35, rm10, rm8 per kilo. Tapi, itulah realiti harga durian yang tidak ada di Semenanjung. Istimewa bukan? Pengalaman bersama beliau pada hari ini tidak akan dilupakan begitu saja. Terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau yang sudi membawa diri ini untuk mendalami ilmu 'kerja lapangan'. Destinasi kita yang seterusnya...[Kota Belud, KUDAT, MEMBAKUT LAGI??] Saya ON saja. 

~Hepi Deepavali~

 *tuaran united transport[T.U.T]