Monday, 1 April 2013

Pemergian

kuatkan jiwa bila berada jauh daripada keluarga. setiap makluk yang bernyawa pasti akan meninggalkan alam dunia kerna kembali ke alam barzakh. dari jauh aku hanya mampu berdoa untuk arwah datuk yang telah kembali ke rahmatullah pada 23 Mac 2013. sudah dimaklumkan oleh ahli keluarga bahawa 3 hari sebelum itu 'arwah ayah' telah mengalami kemalangan yang kecil sahaja. arwah tidak mengalami kecederaan yang teruk cuma mengikut kata doktror, arwah hanya mengalami tekanan darah yang tinggi. kemalangan berlaku betul-betul di hadapan rumah. kata nenek, mungkin ajal telah mengikuti arwah dan itu hanya penyebab. arwah dihantar ke klinik terdahulu dan diarahkan oleh HA untuk mendapatkan rawatan susulan di hospital Raja Perempuan Zainab II [HRPZ II].  Semasa di klinik Lundang Paku [Ketereh], arwah ada menyatakan bahawa dia cuma terasa pening sahaja kepada abah yi. setibanya di HRPZ II arwah mula tidak sedarkan diri. air mata ini terus mengalir tanpa dipinta. dari jauh aku hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan arwah kerana setiap kali bertandang ke rumahnya kami selalu berbual-bual. setiap kali aku ingin ke Sabah, pasti aku akn pergi berjumpa dengan arwah ayah untuk mengucapkan selamat tinggal. kali terakhir sebelum aku ke Sabah,tanggal 1 Feb 2013 aku berjumpa dan sempat mencium tangannya. kini apabila aku pulang [Kelantan] sudah tidak ada lagi tangan yang akan aku cium. Semoga arwah ayah ditempatkan dalam kalangan yang soleh. Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment