Thursday, 15 November 2012

cuti sekolah Along

Salam Maal Hijrah.
Destinasi kerja lapangan untuk hari ini di Binsulok di daerah Membakut bersama Dr. Asmiaty. Agak menarik kerana kali ini Along juga ikut bersama. Tanpa disangka tepat jam 9.30 pagi kami sampai di Kuala Penyu. Jauh dari sasaran by the that area very beautiful because its nature. Tambahan pula, ada resort. Menarik kan.
Walaupun sungguh jauh perjalanan tetapi banyak hasil/dapatan yang diperolehi dengan bantuan informan2 di situ[suku kaum Brunei]. Along, banyak pertanyaan yang ditanya sepanjang perjalanan dan kami bercakap tidak sedar dan akibatnya  sampai ke Kuala Penyu. Terima kasih kepada Along kerana sudi membantu sebagai perakam suaradi kajian lapangan. Ini Along boleh dijadikan sebagai pengalaman biarpun baru berusia 13 tahun tapi sudah terlibat secara langsung. Lagi pula cuti sekolah jadi tak rugi ikut kami membuat kajian. Banyak juga kami bertiga berbual-bual dengan bermacam perkara sehingga tidak kering gusi. Tapi kan kami hairan macam mana Along boleh tertidur ketika P.cik Ag Hashim sedang bercerita tentang cerita jenaka. Tak pun Along penat sebab hampir satu hari kita berada di tempat kajian.Lain kali, Along dah boleh teman mama untuk pergi membuat kerja lapangan sebab sudah ada pengalaman. Jangan lupa ajak Angah sekali..hihi

Tuesday, 13 November 2012

Perjalanan ini

Pagi2 lagi saya berjalan turun dari tingkat 4 ke tempat menunggu bas T.U.T* di hadapan blok A3. Tidak lama kemudian Dr.Asmiaty datang dengan sebuah kereta. Wah, beliau seorang yang hebat kerana masih lagi dapat memandu kereta[MANUAL]. Apalagi lagi, saya yang memegang stereng kereta dengan bismilah. 'Alamak! mati kepanasan kita ini,cerminnya nda dapat dibuka, air cond pun sama.' Jadi macam manalah kita ini?[dah la kereta baru je repaired] Tak pa, kita tukar kereta[AUTO]. Selepas mengisi minyak di Shell, suis diputar cermin dan air-cond BERFUNGSI! [ketawa gembira]. Selepas sarapan,kami meneruskan perjalanan ke Membakut. Banyak sungguh pengetahuan yang diperolehi ketika berjumpa dengan orang2 di Membakut [Kg. Pimping &  Kg.Saga] yang tidak lokek dengan ilmu yang ada. Terima kasih kepada K.Mariam kerana sudi membantu dan segala urusan berjalan dengan lancar. Masa yang ada memang betul2 dimanfaatkan oleh kami. Dari Membakut- KK singgah di gerai kejap beli buah-buahan iaitu rambutan, manggis dan durian. Tapi, Durian memang mahal ada yang rm35, rm10, rm8 per kilo. Tapi, itulah realiti harga durian yang tidak ada di Semenanjung. Istimewa bukan? Pengalaman bersama beliau pada hari ini tidak akan dilupakan begitu saja. Terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau yang sudi membawa diri ini untuk mendalami ilmu 'kerja lapangan'. Destinasi kita yang seterusnya...[Kota Belud, KUDAT, MEMBAKUT LAGI??] Saya ON saja. 

~Hepi Deepavali~

 *tuaran united transport[T.U.T]

Sunday, 11 November 2012

Air OH aIR

Betul lah kan orang cakap kalau 'tak da elektrik boleh COVER lg tapi bila putus bekalan air susah hati bertambah gelisah dan macam-macam lagi.Memang tidak boleh dinafikan. Lebih kurang tinggal di asrama 2 bulan tiba2[malam] air tak da. Kisahnya,selepas K.yat datang ke bilik kononya bawa pizza [nasi kerabu] dan kami berdua pun makan malam sambil menunggu roomate[syidah] pulang dr Kudat&Kota Marudu[KM]. Sambil babual ditingkap akhirnya Syidah & Huda datang dengan membawa makanan. Rezeki datang [mcD & jagung]. Maklumlah,langkah kanan Syidah and the geng sambil pergi buat kajian ada Pesta Jagung di KM.Terima kasih roomate tersayang kerana ingat membawa makanan,hihii..Memang, terkejut banyak sungguh jagung yang dibawa katanya gara2 'terSMS' lalu Syidah membeli jagung. Terima kasih Syidah,jagung dr KM memang sedap berbanding di KK dan kamu adalah roomate yang terbaik,sayang kamu.

 Dari jam 7mlm - 12mlm masih tidak ada air di blog B1. Jadi terpaksa cari inisiatif lain kerana memang tidak boleh menunggu lagi. First, turun bawah masuk duit dalam mesin air 'konon' dapatlah air tapi masalahnya duit syiling tak boleh masuk. Mintak tolong k.yat tapi tetap sama. Fikir punya fikir, 'ting-tong' dapat satu idea gila. Apalagi kami naik motor semata2 ke blok A1[achik] sambil bawak baldi, botol air& batang kayu [keselamatan]

K.yat, memang malam tadi kita berdua buat kerja gila kerana tak pernah dibuat oleh orang. Walau        dalam keadaan ketakutan kerana jam sudah 12++ terpaksa juga mencari air. Hanya dalam fikiran jangan bertemu dengan si Johnny[anjing liar]. Sanagt sesuai gelaran yang k.yat bagi tu. LE 889[Biru] jasamu dikenang. Semoga hari esok air dapat berfungsi seperti biasa. Pihak yang b/jawab seharusnya menyedari hal ini terlebih dahulu. Apa yang penting letakkan NOTIS untuk persediaan.            3.37am11/11/12

Wednesday, 7 November 2012

Draf 1

Permulaan tesis. Bagi mahasiswa/i terutamanya [sps] tesis merupakan satu latihan ilmiah yang perlu untuk memenuhi syarat memperolehi ijazah sarjana muda. Tesis yang dibuat akan dipantau oleh penyelia masing-masing yang telah ditetapkan. Pada awalnya, satu perjumpaan akan diadakan bersama-sama penyelia bagi membincangkan tajuk yang sesuai dan memudahkan kepada mahasiswa/i. Dibawah penyelia, terdapat 8-10 orang pelajar. Berbeza dengan penyelia kami. Diawal perjumpaan, penyelia kami sudah memberikan tip-tip untuk permulaan membuat proposal [pengenalan]. Apa yang menarik, selepas cuti short semester, semua pelajar dibawah beliau dikehendaki menghantar proposal sebelum pembukaan semester baru. Satu cabaran kepada kami! enlokmanabdsamad penyelia yang terbaik.

Lebih kurang 2 minggu cuti mid-sem satu lagi perjumpaan bersama penyelia. Perjumpaan tersebut hanyalah untuk menyatakan masalah yang terdapat dalam proses kajian dan bertanya perkara-perkara yang perlu dimasukkan sebagai maklumat tambahan. Segala masalah dan persoalan telah dikemukakan antara kami dengan penyelia. Sebelum tamat perjumpaan tersebut, penyelia kami telah menetapkan tarikh 10 NOV adalah hari untuk menghantar draf pertama. Terkejut dan membisu semua pelajar ketika itu.

Syukur kepada Allah walaupun berada dalam kesihatan yang tidak baik, namun dengan usaha yang dilakukan draf pertama berjaya disiapkan dan mungkin masih ada maklumat yang perlu diletakkan. Tidak mengapa, draf tersebut perlu dihantar dan akan disemak oleh penyelia. Kepada ahli2 kumpulan AriswantoAchikSelselaAzaritaSalfaizaVivilinHafizahMaslijanItaWill moga kita semua dapat menghantar draf pertama. Buktikan kita semua hampir berjaya menyiapkan latihan ilmiah. Kulit BIRU sedang menanti,hahaha


Monday, 5 November 2012

R.A.S.A ini

SUDAH CUKUP SUDAH-NIRWANA

Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

T’lah berulangkali ku coba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu     

lirik diatas sudah cukup menggambarkan perasaan seorang lelaki yang kecewa kerana telah ditinggalkan oleh pasangan kekasih hati. Tetapi bukan itu yang mahu dikupas. Seseorang yang bersifat hipokrit, berpura-pura dan plastik juga sangat sesuai untuk ditujukan lagu diatas. Bukan menghukum tetapi usahlah lagi bersifat sedemikian kerana Allah pasti tidak menyukai akan sifat tersebut [muslim]. Guruku berpesan dua perkara; [1] ingatlah kebaikan yang telah orang berikan kepada kita [2] lupa kebaikan yang pernah kita lakukan dan ingatlah keburukan yang pernah kita lakukan terhadap seseorang. Sebagai manusia kita juga mempunyai hati dan perasaan. Bayangkan bagaimana sentiasa diarah untuk melakukan sesuatu tanpa keikhlasan hati? Tentu hati memberontak bukan? Jadi kita sebagai manusia perlulah menghormati hak seseorang. Boleh sekiranya untuk memberi pandangan BUKAN arahan. Diarah dan mengarah adalah dua perkara yang berbeza. Jika anda mahu orang menghormati anda maka terlebih dahulu dengan merendahkan diri menghormati orang lain dahulu. Rasanya tidak rugi tanpa membawa EGO yang tinggi. Alangkah baik jika ego itu boleh cepat mencair seperti ais [kutub utara]. Inikan sebahagian lakonan yang sudah dipentaskan dalam realiti dunia manusia.

Sunday, 4 November 2012

sihat sebelum sakit

C.A.C.A.R? Untuk makluman setiap manusia akan diserang cacar untuk sekali dalam seumur hidup. Jadi cacar merupakan perkara biasa yang akan 'singgah' pada badan manusia. Tidak kira di usia kanak2,dewasa ataupun tua cacar pasti 'singgah' biarpun sekejap. Ia juga boleh berjangkit kepada sesiapa yang mendekati pesakit cacar yang belum pernah 'merasai' cacar. Hebat sungguh aura cacar.

Mengikut petua orang2 tua ubat untuk menyembuhkan cacar - minum air kelapa, tepung tawar, air tawar. Pantang larang ketika mendapat cacar - tidak boleh terkena air hujan, makan makanan yg mengandungi kicap,elakkan mandi, telur, udang. Perkara penting perlu tahan rasa 'gatal-gatal' pada tubuh barulah tidak meninggalkan parut di badan.

Baru-baru ini virus 'cacar' sedang melanda [musim cacar barangkali]. Pertama sekali jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada kakak yang telah membawa air kelapa, ubat serta makanan di kolej e serta cukup caring. Thanx a lot kakak..! kedua, setinggi2 teima kasih kepada dua orang sahabat [k.yat & tie] yang menjaga makan minum dan sudi menjadi peneman bising di bilik. Maaf,kerana sudah menyusahkan kalian ketika badan ini sakit. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian. 

Ia benar2 menguji untuk bertahan. Kuatkan semangat anda. Benarlah sabar itu payah dan sabar itu juga sebahagian daripada iman.