Friday, 26 October 2012

Bersamamu teman

Salam aidil adha buat seluruh umat Islam terutama buat teman2 seperjuangan yang menyambut di perantauan. Termasuk juga ucapan buat diri sendiri. Semestinya masjid2 dipenuhi umat Islam untuk menunaikan solat sunat begitu juga dengan masjid Ums termasuklah orang2 luar. Disini menunjukkan terdapat kekuatan umat Islam.

Makanan. Selepas semua urusan selesai tiba pula acara makan-makan di pagi raya bersama teman2. Opss, sebelum itu kami saling bersalam-salaman [mohon maaf ada salah dan silap]. Kamera perkara yang mesti diutamakan untuk mengambil gambar dijadikan kenang-kenangan [selepas tamat belajar]. Juadah makanan yang telah disediakan oleh master chef [Achik, K.yat] memang menyelerakan - Nasi minyak[merah]. Kalian memang kreatif! Rendang ayam sudah menjadi kewajipan dan nasi himpit sebagai 'pencuci mulut'. Terima kasih rezeki untuk hari ini.

Bongawan menjadi destinasi pilihan. Terima kasih kepada P.cik Pangeran dan sekeluarga yang sudi menerima kunjugan kami ke sana. Jamuan yang sedap dihidangan untuk kami- kelupis [salah satu makanan brunei], makaroni, gulai daging kawah dan banyak lagi. Sungguh mengenyangkan. Inilah rezeki Achik, kak Ayu dan Tie. Hari raya pun tetap mencari peluang dengan mengorek sedikit mengenai Cj Brunei. Sekali lagi terima kasih yang tidak terhingga buat P.cik Pangeran dan keluarga. Jika ada kesempatan kami akan berkunjung lagi ke teratak P.cik di sana.

Kingfisher. Memang tidak sah kalau tidak membuat kunjugan ke sana. Selamat hari raya mak cik. Walaupun sibuk beraya sakan 'konon' tapi mak cik tidak dilupakan. We want make sure that you're not alone,hihii..

Raya tahun ini sudah semestinya yang terakhir kita menyambut bersama2 kerana selepas ini semua akan membawa haluan sendiri. Jadi marilah kita semua meraikan dengan penuh syukur dan gembira. Raya tahun ini kita telah meraikan bersama2 dan telah menjadi sejarah dalam hidup kita semua ;P

k.yatTieAchikK.ayuZizahHudaShiWanijohorAnaIfaWaniwahabAddaBlokB1


Salam rindu

bila terdengar takbir raya menandakan hari 'kebesaran' bagi seluruh umat islam. Begitu juga keadaan di Negeri Bawah Bayu. Tetapi tetap mempunyai perbezaan suasana dengan Semenanjung. Hati terasa sebak dan sayu apabila kedengaran takbir.

Sempena hari raya aidil adha pada tahun ini sekali lagi  buat ketiga kali aku tidak dapat menziarahimu kerana bejuang demi menuntut ilmu. Dihati ini engkau selalu dihatiku dan masih ada rindu walaupun telah lama kau pergi. Biarpun aku tidak dapat pergi bersama ma, ayah dan adik2 untuk menziarahi pusaramu namun doa sentiasa mengiringimu. Aku juga berharap agar tahun ini menjadi tahun terakhir beraya di negeri orang. Tidak dinafikan setiap kali tibanya hari raya aidil adha aku tidak dapat ke sana. Selagi aku masih bernafas akan sentiasa aku mengingatimu dan mendoakanmu ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh. Pagi esok  selepas solat hari raya aidil adha keluarga kita akan pergi menziarahimu bersama iringan doa. Kau selalu di hati kami semua. Salam rindu duhai adikku. Al-Fatihah.

~salam idul adha buat semua umat Islam~                                                  salam perantauan



Tuesday, 2 October 2012

special days

September sudah berlalu october yang datang. Ah, cepat sungguh masa berlalu. Ayuh jangan berlengah lagi teruskan perjuangan kita sebagai mahasiswa/i. Tugasan ibarat sahabat baik buat masa sekarang tapi itu semua hanya perkara biasa,bukan? Normal sebagai mahasiswa/i.

Walaupun sibuk dengan tugasan, namun ulang tahun kawan-kawan tidak akan dilupakan dengan begitu saja. Biarpun tidak menyambut dengan besar-besaran tapi cukuplah secara sederhana. Hari ulang tahun 'kelahiran' tetap diraikan biarpun jauh keluarga nun disana dengan sahabat handai. Hari ini tiga orang kawan telah menyambut hari kelahiran yang sama iaitu Fatimah, Shazwani & Shidah aka Anajoi suonlight (my roomate). Tambahan pula, mereka ini merupakan classmate, its really special. Tanpa membuang masa, rancangan diatur supaya tidak dapat dikesan akhirnya semua rancangan telah menjadi kenyataan. Selepas ini siapakah magsa yang seterusnya? Juz wait n see,hihii...

Disini, saya bersama krew2 yang terlibat ( K.yat, Effy, Huda, K.yana, Mira) dengan merendahkan diri ingin memohon maaf daripada kalian semua (tie, wani.shidah). Niat kami semua hanya untuk menghiburkan kalian supaya tidak bersedih kerana 'menyambut' hari ulang tahun di perantauan. Ini merupakan hadiah yang terbesar daripada kami semua untuk sahabat2ku sempena diakhir semester sudah. SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG-SAYANGKU...