Tuesday, 12 June 2012

Kisah Awan

Hari ini mungkin hari yang bertuah buat diriku,Effy dan Kak Sri. Kenapa mesti dikatakan bertuah? Begini ceritanya, pada pukul 7 lebih (pagi) kami telah pergi ke Odec untuk mandi-manda. Ketika sedang mandi dan asyik bermain dengan ombak tiba-tiba k.sri menunjukkan ke arah langit dan pulau2 yang bertentangan dengan Odec yang berkata lebih kurang begini : macam Tsunami. Mendengar perkataan sebegitu membuat diri ini berasa takut dan cepat kami naik ke darat untuk menyelamatkan diri. Bimbang juga tiba-tiba ombak datang mengganas. Fenomena yang berlaku pada pagi tadi tidak menunjukkan sebarang kejadian yang pelik. Biasannya akan ada angin yang kuat serta ombak yang bergelora tetapi sebaliknya yang berlaku malah hujan pun tidak. Lama memerhati dibawah pokok, kami melihat perubahan awan yang begitu pelik yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Apakah tanda disebalik kejadian awan yang begitu pelik. Apakah Hikmah disebalik MATA yang melihat perkara ini. Fenomena ini hanya berlaku di Negeri Bawah Bayu sahaja,pelik bukan? Mungkinkah hari kiamat sudah dekat? Subhanallah...


2 comments:

  1. ya. i saw looks like tsunami bah. sebelum ni gmbr mcm tu pernah dirakam kan kat luar ngra. sebiji. 'gelombang tsunami' seram kan? tapi menarik. [dlm keadaan mamai buka blog, trs naik update dr u. thnx for pic. i amik ek? nk msk dlm blog jg

    ReplyDelete
  2. + tengok bah awan tu ... macam gambar dalam facebook yang gelombang tsunami tu [sebut ayt akhir actly jantung dah bdebar]

    - Eh, kak sri, kita kat laut ni ... [tiga-tiga serentak naik g pantai]

    :: Nikmat tngk dgn mata kpla sendiri. - Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kau dustakan Mastika? :: -lebih kurang mcm tu barangkali peringatan yang dtg td. Thnx sudi 'bawa' g odec

    ReplyDelete