Friday, 25 October 2013

Di sini 'orang asing'

Dengan Bismillah langkah sampai ke destinasi yang dituju. Mata terpaku melihat suasana disekeliling. Ada yang berkulit hitam, putih, dan juga berkulit sawo matang. boleh dikatakan 'Satu Malaysia' [hihii]. Dengan bersepatukan 'heel' dibawah sinaran matahari memang satu cabaran sambil menggalas komputer riba. Bertemankan telefon bimbit sebagai petunjuk arah [ disini Wireless terus sambung]. Pencarian dimulakan di Perpustakaan Tun Sri Lanang namun tiada apa yang dijumpa. Setelah bertanya, nampaknya ada sedikit sebanyak maklumat yang boleh membantu. Rupa-rupanya tersalah tempat [Perpustakaan Tun Sri Lanang], tempat yang diperlukan ialah di Alam dan Tamadun Melayu [ATMA]. Terima kasih [kakak Master- sempat berkenalan] yang sudi melorongkan ke ATMA.  Di sini, sebagai 'orang asing' apa yang saya tidak tahu, ta saya akan bertanya. Di sini juga tiada istilah berputus asa. Mungkin inilah yang dikatakan 'semangat tersembunyi'. Di sini banyak kemudahan yang disediakan. Secara kebetulan, di sini musim Konvokesyen. Maka, secara tidak langsung aura konvo telah berkampung dalam diri ini. -Salam Jumaat-

                                                                                               ~  disiniorangasingUkm~

Thursday, 17 October 2013

Aidiladha 1434H


Salam Iduladha.[ 13 Zulhijjah bersamaan hari raya ke-3]
Dalam Islam, umat Islam akan menyambut dua jenis perayaan dalam setahun. Pertama, hari raya Aidilfitri/ Puasa dan kedua hari raya Aidiladha/ Korban. Hari raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal manakala hari raya Aidiladha pula disambut pada 10 Zulhijjah. Inilah keistimewaan yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada umat Islam. Itulah sedikit sebanyak mengenai perayaan yang diraikan oleh seluruh umat Islam.


Kembali kepada realiti,malah berpijak pada bumi yang nyata pada 10 Zulhijjah [15/10/2013] diberi peluang meraikan hari raya korban bersama ahli keluarga di Negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Jika pada tahun-tahun yang lalu [2010-2012] sambutan Iduladha disambut bersama rakan-rakan perjuangan di bumi Borneo [Sabah]. 

Peti dijadikan perut simpanan bagi daging korban [lembu]. Bak kata orang tua, daging korban yang masih baru disembelih dipanggil sebagai 'daging manis' kerana ianya masih lagi segar. Jika dikampung, daging korban akan dimasakkan seperti singgan [di Kelate]. Jika ingin merasai daging singgan, jemputlah datang ke Kelate. 

*mood raya*

Friday, 4 October 2013

Di Ceria

Di Kampung Kota

Hari-hari hamba bosan tanpa ada kerja yang mahu dibuat. Ada kerja yang diamanahkan oleh pensyarah sebelum hamba terbang meninggalkan bumi Borneo. Cuma ada sedikit sahaja maklumat yang perlu dilengkapkan [ jika perlu] kaki ini akan melangkah ke Ibu Kota Kuala Lumpur. Sambil mencari maklumat bolehlah ronda-ronda di Kuala Lumpur. Arghhh, angan-angan dah bermula..tapi tak salah memasang angan-angan,hihii.. Jika diizinkan, sampailah hamba di sana. Apalah yang boleh hamba buat dikampung? Kawan-kawan kampung [Ana, Mira dan Siti] pula dah masuk semester baru. Jadi, tinggalah hamba seorang diri. Kawan sekolah hamba, cik Asiah dah mula bekerja sambilan sebagai juruwang di sebuah pasaraya yang terletak di Wakaf Che Yeh. Kebetulan Cik Asiah ada memberitahu ada kerja kosong sebagai
Promoter di bahagian Leather selama satu bulan. Sebelum ini, hamba pernah bekerja di situ sebagai juruwang sambilan [ selepas STPM: Dis 2009- Jun 2010, Mei-Ogos 2010]. Di situ, banyak perkara yang hamba pelajari. Di situ, hamba pelajari tentang kehidupan dan manusia. Pelbagai corak dan ragam yang dapat dilihat apabila berada dalam dunia pekerjaan. 

Berbalik kepada tawaran yang dimaklumkan oleh cik Asiah, hamba pun menerima tawaran itu. Bermula 16/8-15/9/2013 hamba menerima kontrak yang telah diberikan. Ini adalah kali pertama hamba ditawarkan bekerja sebagai Promoter. Ada juga kegusaran di hati namun dengan keyakinan yang diberikan oleh cik Asiah ia nya berjaya menarik keyakinan. Katanya lagi, 'kerja Promoter tidak susah sangat, hanya menulis resit dan menghantar barang ke kaunter'. Kesabaran, kejujuran amat diperlukan dalam urusan perniagaan. Pejam celik, kontrak sudah pun tamat. Sekali lagi, hamba mendapat tawaran menyambung kontrak bahagian Children [o' dear] selama dua minggu di pasaraya yang sama. Sambil bekerja disitu, ramai kenalan baru yang sudi menjadi kawan. Banyak cerita dan pengalaman yang kami berkongsi. Iya, hidup sebagai manusia sikap egoistik mesti dihapuskan dalam diri. Dengan itu, hari-hari yang mendatang begitu bermakna. Banyaka pengalaman yang dikutip semasa bekerja sambilan  di pasaraya Ceria. Namun, disebabkan ada sedikit lagi tugasan yang belum disempurnakan, hamba terpaksa mengundur diri untuk bekerja di Ceria. Seandainya, ada peluang dan ruang, ingin hamba bekerja sambilan disitu. Terima kasih atas ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan

Friday, 19 July 2013

10 Ramadhan

1434 hijrah buat kali ketiga menyambut ramadhan di bumi Borneo. ini menandakan sudah genap tiga tahun merasai pengalaman berpuasa di Negeri Bawah Bayu. alangkah bertuah kerana dapat merasai nikmat sewaktu berbuka puasa [waktu azan maghrib lebih awal satu jam berbanding dengan semenanjung - sekitar 6.35 petang].  pada tahun yang lalu, sambutan ramadhan bersama kawan-kawan kerana kami harus menempuhi semester pendek. walaupun bersahur hanya berlauk ikan sardin, serunding, telur dan kicap ianya sangat menambah selera. bersungkai pula kami memilih untuk memasak. jika tidak sempat, kami akan membeli makanan di bazar ramadhan. sungguh indah ramadhan pada tahun 2012 [semester pendek-UMS].
berbeza dengan tahun ini, menyambut ramadhan bersama ketika bergelar 'Pelajar Praktikal'.

sebenarnya, apa yang ingin diperkatakan ialah mengenai latihan industri. iya, hari ini genaplah enam[6] bulan dan tamat sudah menjalani LI di DBP Caw Sabah. 10 ramadhan sempat merasai ketika berada di separuh alam pekerjaan.  jutaan terima kasih kepada semua staf DBPCS yang sudi berkongsi ilmu sepanjang saya menjalani LI. selepas ini saya akan merindui kamu semua. buat sahabatku Massalinri, Amrina Anis, Welter Michael yang sudi berkawan ketika berada di Negeri Bawah Bayu. sayangnya, hari ini genaplah kita 24 minggu berjaya menenpuhi pra alam pekerjaan. moga ilmu yang diperolehi digunakan sebaik mungkin.

bersama pelatih UMS dan UKM
cenderamata daripada Pn Ritah dan Pn Jennitah. 

Tuesday, 21 May 2013

Jalal al-Din al-Rumi

kerana CINTA duri menjadi mawar
kerana cinta cuka menjelma anggur segar
kerana cinta pentungan jadi mahkota penawar
kerana cinta kemalangan menjelma keberuntungan
kerana cinta rumah penjara tampak
          bagaikan kedai mawar
kerana cinta tumpukan debu
         kelihatan sebagai taman
kerana cinta api yang berkobar-kobbar
         jadi cahaya yang menyenangkan
kerana cinta syaitan berubah menjadi BIDADARI
kerana cinta batu yang keras
         menjadi LEMBUT bagai mentega
kerana cinta duka menjadi riang gembira
kerana cinta hantu berubah menjadi malaikat
kerana cinta singa tak menakutkan
         seperti tikus
kerana cinta sakit menjadi sihat
kerana cinta amarah berubah
         menjadi keramah-ramahan.

*petikan puisi Jalal al-Din Al-Rumi (Asas Kesusasteraan Islam-Ismail Hamid, 1990:39)

Saturday, 11 May 2013

rindu bertemu

Tahun tiga[3] semester 6 adalah tahun terakhir aku mendiami di kolej E. bilik yang aku dapat sangat selesa kerana mempunyai dua orang penghuni sahaja. bilik double yang diidamkan selama ini sudah menjadi kenyataan. biarpun di tingkat empat [paling atas]. aku bertuah kerana mendapat seorang roomate satu sekolah dan juga satu kelas. oleh kerana dia yang nampak agak skema [sebenarnya otak-otak] bila berada di bilik. tidak dinafikan bilik double sememangnya sunyi jika salah seorang daripada kami tiada. untuk memeriahkan bilik itu, aku selalu mengusiknya kerana suka sangat menjerit. nah,apa lagi makin diusik makin kuat dia menjerit..walaupun, hanya satu semester kami satu bilik, aku sangat rindu dengan dia. entahlah, mungkin aku rindukan jeritannya yang kuat [macam speaker]. 

kelmarin, tanpa disangka kami berdua berjumpa kembali di Pusat Dokumentasi Melayu, DBPCS. Kami berpelukan antara satu sama lain. dengan tiba-tiba air mata kami mengalir keluar. kenapa ya? mungkin terlalu rindu. rindu seorang teman, rindu seorang roomate. rindu ku datang lagi bila berada di kampung E. agaknya, bila lagi kita boleh berjumpa dan berborak-borak sambil mendengar jeritanmu yang kuat.. cc:syidahanajaoi

Sunday, 28 April 2013

biarlah waktu berlalu

semakin banyak membaca semakin banyak ilmu yang diperolehi. Benarlah kata seorang pensyarah; ' You cant' writing when stop reading'. Jadi tidak semestinya dengan banyak membaca kita boleh menilai seseorang  hanya melihat sifat luaran sahaja. kenapa masih ada lagi insan yang begini. sayangnya, dengan pendidikan yang makin moden namun di minda sudah 'ditetapkan' maka begitulah jadinya.

SALAH. setiap orang pasti melakukan kesalahan. tidak kira sama ada kesalahan besar atau kecil. namun, bukankah kita mesti mendengar penjelasan terlebih dahulu? barulah boleh membuat keputusan. Itulah dinamakan keadilan.

BENCI. Kenapa mesti ada perasaan benci? bukankah Tuhan sudah meletakkan perasaan kasih dan sayang dalam setiap jiwa yang bernyawa? jangan hapuskan perasaan kasih yang sayang dan jangan suburkan perasaan benci dalam hati. nanti hati akan menjadi sakit. jagalah hati [macam lagu Jaclyn Victor].

kenapa perhubungan silaturahim yang terjalin mesti dilupakan dengan cara begini? Ya, ego yang menguasai diri. bukan kerana nama untuk memilihmu menjadi teman.tafsiran yang dibuat adalah SALAH. hati yang bersalah kerana bernafsu! kecil hati bila ada prasangka dan tafsiran yang dibuat begitu. namun, sebagai manusia, berhak untuk membuat penilaian,bukan? 

Monday, 1 April 2013

Pemergian

kuatkan jiwa bila berada jauh daripada keluarga. setiap makluk yang bernyawa pasti akan meninggalkan alam dunia kerna kembali ke alam barzakh. dari jauh aku hanya mampu berdoa untuk arwah datuk yang telah kembali ke rahmatullah pada 23 Mac 2013. sudah dimaklumkan oleh ahli keluarga bahawa 3 hari sebelum itu 'arwah ayah' telah mengalami kemalangan yang kecil sahaja. arwah tidak mengalami kecederaan yang teruk cuma mengikut kata doktror, arwah hanya mengalami tekanan darah yang tinggi. kemalangan berlaku betul-betul di hadapan rumah. kata nenek, mungkin ajal telah mengikuti arwah dan itu hanya penyebab. arwah dihantar ke klinik terdahulu dan diarahkan oleh HA untuk mendapatkan rawatan susulan di hospital Raja Perempuan Zainab II [HRPZ II].  Semasa di klinik Lundang Paku [Ketereh], arwah ada menyatakan bahawa dia cuma terasa pening sahaja kepada abah yi. setibanya di HRPZ II arwah mula tidak sedarkan diri. air mata ini terus mengalir tanpa dipinta. dari jauh aku hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan arwah kerana setiap kali bertandang ke rumahnya kami selalu berbual-bual. setiap kali aku ingin ke Sabah, pasti aku akn pergi berjumpa dengan arwah ayah untuk mengucapkan selamat tinggal. kali terakhir sebelum aku ke Sabah,tanggal 1 Feb 2013 aku berjumpa dan sempat mencium tangannya. kini apabila aku pulang [Kelantan] sudah tidak ada lagi tangan yang akan aku cium. Semoga arwah ayah ditempatkan dalam kalangan yang soleh. Al-Fatihah.

Tuesday, 1 January 2013

Pembukaan Tirai 2013

Terlalu banyak kenangan yang ditinggalkan untuk tahun 2012. Kenangan pahit dan manis telah dilalui bersama insan di sekeliling. Cukuplah ianya menjadi sebuah kenangan yang sangat bernilai. Benarlah, kehidupan itu satu pengalaman. Selamat datang tahun 2013 dan aku masih lagi berada di sebuah bandar raya Kota Kinabalu bersama teman-teman yang tersayang bukan lagi bersama keluarga. Biarpun jauh daripada pandangan mereka hati ini selalu merindui dan mendoakan untuk keluarga tersayang. Sempena tahun baru 2013 pengalaman hidup yang lepas akan dijadikan panduan untuk yang akan datang. Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu kerana pada pagi tahun baru aku masih bernafas. Semoga dipermudahkan segala urusan dan memperbanyakkan kesabaran dalam diri. Tahun 2013 juga membawa peningkatan angka usia.