Saturday, 30 June 2012

Demam Borneo

Lebih kurang 48 jam lagi i'll fly to Kota Kinabalu untuk 'menikmati' semester pendek [hanya budak-budak seni_sps]. Semester pendek  sudah bermula pada 25 Julai tapi memang 'disengajakan' untuk pulang lewat seminggu. Dalam kesibukkan dirumah dengan pelbagai aktiviti termasuklah mencari barang-barang keperluan untuk dibawa ke sana secara tidak langsung badan tiba-tiba menjadi lemah dan mendapat sedikit selesema. Mungkin disebabkan badan 'terkejut' mendapati jiwa akan kembali bertandang di bumi Borneo[ yang sebenarnya masih tidak puas dengan cuti selama 10 hari di kampung dengan membuat cuti tambahan sendiri]. Hati kata tidak mahu lagi pulang ke rumah ke-2(Ums) tapi kaki ini memaksa dan mengheret untuk ke sana. Demam Borneo akan terjadi apabila tiba masa untuk kembali ke sana(BKI). Esok masa untuk pergi membeli-belah di atas pasar Siti Khadijah sambil membeli barang-barang yang dikirim oleh pensyarah dan kawan-kawan seperti serunding(ayam,daging), keropok segera,budu PDRK[hanya di Tesco & kiosk2 PDRK],yang penting sekali Roti Gardenia dari Semenanjung istimewa untuk kawan-kawan di sana. Alahai demam Borneo melanda menyebabkan tidak dapat untuk pergi menonton perlawanan bola sepak diantara TRW vs Selangor.Sekali lagi tahniah kepada TRW [1-0]

Saturday, 23 June 2012

Kelantan vs Sabah

Memang pada awalnya; alangkah best kalau balik kampung ada perlawanan bola(The Red Warrior@TRW). Mungkin masih bernasib baik petang kelmarin my little brother memberitahu bahawa pada malam ini ada perlawanan bola diantara TRW dengan Sabah Fa. Apalagi excited la nak pergi tengok. Pada mulanya tidak mahu pergi sebab Izwan tak da kat Kelantan (menyertai perlawanan bola sepak di Pinang). Apa pun tahniah dekat Izwan sebab berjaya menjaringkan sebanyak 4 gol daripada 6 gol. Tahniah, sememangnya anda berbakat.Bila difikir-fikir siapa la yang mahu diajak untuk buat geng@peneman@kaki bola ni. Dah la Ana pun baru  pergi KL. Akhirnya, Asiah yang aku melamar. Nasib baik dia menerima lamaran untuk pergi tengok bola.Lagipun dia juga minat bola juga. Paling terkejut bila beli tiket harga rm15 untuk yang biasa.Punya mahal desis hati ini [biasanya masuk FREE] kali ini nak jadi budak baik jadi masuk kena beli tiket dulu.Berbaloi dengan harga tiket yang di beli TRW berjaya menjaringkan gol sebanyak 2 gol. Gol yang ke-2 [hampir masa tamat] dijaringkan oleh Indra Putra Mahyudin tapi gol yang pertama tak sempat nak tengok sebab masuk lewat sedikit(tengok2 dah ada 1 gol) kan dah rugi. Keputusan perlawanan Kelantan vs Sabah 2-0.
Alangkah seronok jika waktu itu k.Sri Mastika ada sekali dengan memakai jersi Kelate dengan memberi sorakan tapi apakan daya hanya telinga yang menjadi saksi.

Wednesday, 20 June 2012

Kopitiam Kita

Sampai saja di bumi Kelantan terus tersenyum lebar kerana rindu yang teramat sangat. Akhirnya,rindu ini berjaya dilepaskan. Apabila turun saja dari anak kapal terus melihat wajah sepupuku yang sedang menunggu siapa lagi kalau bukan Ana  (my beloved cousin+frend)...hihii

Ana terus membawa untuk bersarapan pagi di Kopitiam Kita kerana dia tahu bahawa tuan punya diri ini sudah kelaparan sejak pagi tadi. Maklumlah penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu pada 6.35 pagi. Berbalik kepada Kopitiam Kita, my pilihan breakfast ialah nasi dagang dengan air milo panas. Sangat sesuai dengan selera. Ana pula memilih roti titap dengan nescafe panas. Kopitiam Kita memang pilihan yang tepat sekali untuk menjamu selera...

Tuesday, 12 June 2012

Kisah Awan

Hari ini mungkin hari yang bertuah buat diriku,Effy dan Kak Sri. Kenapa mesti dikatakan bertuah? Begini ceritanya, pada pukul 7 lebih (pagi) kami telah pergi ke Odec untuk mandi-manda. Ketika sedang mandi dan asyik bermain dengan ombak tiba-tiba k.sri menunjukkan ke arah langit dan pulau2 yang bertentangan dengan Odec yang berkata lebih kurang begini : macam Tsunami. Mendengar perkataan sebegitu membuat diri ini berasa takut dan cepat kami naik ke darat untuk menyelamatkan diri. Bimbang juga tiba-tiba ombak datang mengganas. Fenomena yang berlaku pada pagi tadi tidak menunjukkan sebarang kejadian yang pelik. Biasannya akan ada angin yang kuat serta ombak yang bergelora tetapi sebaliknya yang berlaku malah hujan pun tidak. Lama memerhati dibawah pokok, kami melihat perubahan awan yang begitu pelik yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Apakah tanda disebalik kejadian awan yang begitu pelik. Apakah Hikmah disebalik MATA yang melihat perkara ini. Fenomena ini hanya berlaku di Negeri Bawah Bayu sahaja,pelik bukan? Mungkinkah hari kiamat sudah dekat? Subhanallah...


Saturday, 9 June 2012

oh Animasi...

Menyibukkan diri tika study week. Ah, memang mencabar but enjoyed biarpun dipandang pelik oleh orang lain. Study week adalah masa untuk menyiapkan tunggakan tugasan  macam budak(ME) Sekolah Pengajian Seni (SPS) dan inilah yang dipanggil kerja gila. Tugasan yang paling hot dalam study week menyiapkan animasi 2D biarpun ada perasaan geram, marah, give up, lucu dan macam-macam lagi.
# bukan senang nak gerakkan watak kartun.- 1 sec=24 frame. bayangkan untuk dapatkan 1 minit pergerakan watak memerlukan 1440 frame

Tutorial animasi di Indah Permai dalam masa 3 hari 2 malam di rumah K.Yana bersama Mira, Tie dan Effy. Animasi berjaya dihasilkan apabila, Mira bertindak sebagai sifu I, Effy sebagai sifu II, K.Yana  sebagai pemantau a.k.a penyibuk (jangan marah). Tugas Tie paling special iaitu koreografer dan designer. And Me adalah budak yang baru belajar untuk menerokai dunia animasi.So, i've learnt something new.

'Dunia Laut' mengenai kisah hidupan laut yang terancam akibat perbuatan yang tidak bertanggungjawab menyebabkan hidupan laut diancam kepupusan.Durasi selama 1 minit 28 saat (mencukupi syarat). Sekali lagi sebelum hantar tugasan oh animasiku pastikan animasi tidak menimbulkan masalah dan lastly burned CD. Siap untuk dihantar. Kalau diberi peluang SEKALI LAGI untuk membuat animasi pasti yang terbaik-konon.
HORAYYY.... anyway,thank you guys.. LOVE U 

* subjek Asas Animasi 2D CV21303 semester 4

Friday, 1 June 2012

JUNE

JUMAAT, 1 June 2012...

January,February, March,April, May,June? masa berlalu begitu pantas umpama meteor yang melepasi planet bumi. Apabila memasuki bulan June bermakna ada 6 bulan lagi untuk tahun 2012. Wahh, macam mimpi pula!

Bagi sesetengah mahasiswa bulan June(untuk tahun 2012) sangat dinantikan kerana semua perkara sudah settle.Maksudnya, semua tugasan sudah siap dihantar kepada pensyarah dan tidak perlu lagi memeningkan kepala untuk semua itu.Tapi, bila semua tugasan sudah dihantar tidak bermakna mereka sudah dianggap 'merdeka' kerana FINAL EXAM sedang menanti anda,jeng,jeng... mood : nak balik kampung (macam mana nie).Untuk semester 4, final exam just 3 paper but jarak exam too much and i think this is not fair. Two weeks stayed kat bilik,so u must REMINDED urself rajin2 ulangkaji (ungkapan basi). So, menanti 1st paper on 14 June, 18 June and lastly 19 June. 

Cuti ulangkaji : 1-3 June
Peperiksaan : 4-23 June
week 1:  4-8June
week 2: 11-15 June
week 3: 18-23 June

- LUCKY YOU ! -