Sunday, 31 May 2015

Kembali bersua

assalamualaikum. syukur. akhirnya saya dapat meloloskan diri untuk daftar masuk kerana sudah lama saya meninggalkan. senyum sampai ke telinga. selamat beremu lagi di blog Cahaya Syaban. kebetulan pula malam ini malam nifsu syaban. Tahun 2015.

setelah lama menyepi diri bukan bermakna saya merajuk. jauh sekali untuk itu. kekangan tugas sebagai pelajar menyebabkan saya tidak sempat menjenguk di sini.

Saturday, 4 January 2014

Assalamualaikum. Hello 2014

Selamat tinggal 2013 dan selamat datang 2014. Selamat tahun baru. Jom jadikan tahun 2014 sebagai teman karib,hihii. Teruskan perjalanan usah berpaling ke belakang lagi. Kata guruku; 'hari ini realiti, hari esok hanyalah illusi'. Kata beliau lagi; 'Hidup ini indah, jadi permudahkanlah jangan menyulitkannya'. Nak tulis banyak nantikan klise pula. jadi sebagai permulaan tahun 2014 hidup mesti ada perancangan,hahhaa..ok, itu saja. bye2

Friday, 25 October 2013

Di sini 'orang asing'

Dengan Bismillah langkah sampai ke destinasi yang dituju. Mata terpaku melihat suasana disekeliling. Ada yang berkulit hitam, putih, dan juga berkulit sawo matang. boleh dikatakan 'Satu Malaysia' [hihii]. Dengan bersepatukan 'heel' dibawah sinaran matahari memang satu cabaran sambil menggalas komputer riba. Bertemankan telefon bimbit sebagai petunjuk arah [ disini Wireless terus sambung]. Pencarian dimulakan di Perpustakaan Tun Sri Lanang namun tiada apa yang dijumpa. Setelah bertanya, nampaknya ada sedikit sebanyak maklumat yang boleh membantu. Rupa-rupanya tersalah tempat [Perpustakaan Tun Sri Lanang], tempat yang diperlukan ialah di Alam dan Tamadun Melayu [ATMA]. Terima kasih [kakak Master- sempat berkenalan] yang sudi melorongkan ke ATMA.  Di sini, sebagai 'orang asing' apa yang saya tidak tahu, ta saya akan bertanya. Di sini juga tiada istilah berputus asa. Mungkin inilah yang dikatakan 'semangat tersembunyi'. Di sini banyak kemudahan yang disediakan. Secara kebetulan, di sini musim Konvokesyen. Maka, secara tidak langsung aura konvo telah berkampung dalam diri ini. -Salam Jumaat-

                                                                                               ~  disiniorangasingUkm~

Thursday, 17 October 2013

Aidiladha 1434H


Salam Iduladha.[ 13 Zulhijjah bersamaan hari raya ke-3]
Dalam Islam, umat Islam akan menyambut dua jenis perayaan dalam setahun. Pertama, hari raya Aidilfitri/ Puasa dan kedua hari raya Aidiladha/ Korban. Hari raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal manakala hari raya Aidiladha pula disambut pada 10 Zulhijjah. Inilah keistimewaan yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada umat Islam. Itulah sedikit sebanyak mengenai perayaan yang diraikan oleh seluruh umat Islam.


Kembali kepada realiti,malah berpijak pada bumi yang nyata pada 10 Zulhijjah [15/10/2013] diberi peluang meraikan hari raya korban bersama ahli keluarga di Negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Jika pada tahun-tahun yang lalu [2010-2012] sambutan Iduladha disambut bersama rakan-rakan perjuangan di bumi Borneo [Sabah]. 

Peti dijadikan perut simpanan bagi daging korban [lembu]. Bak kata orang tua, daging korban yang masih baru disembelih dipanggil sebagai 'daging manis' kerana ianya masih lagi segar. Jika dikampung, daging korban akan dimasakkan seperti singgan [di Kelate]. Jika ingin merasai daging singgan, jemputlah datang ke Kelate. 

*mood raya*

Friday, 4 October 2013

Di Ceria

Di Kampung Kota

Hari-hari hamba bosan tanpa ada kerja yang mahu dibuat. Ada kerja yang diamanahkan oleh pensyarah sebelum hamba terbang meninggalkan bumi Borneo. Cuma ada sedikit sahaja maklumat yang perlu dilengkapkan [ jika perlu] kaki ini akan melangkah ke Ibu Kota Kuala Lumpur. Sambil mencari maklumat bolehlah ronda-ronda di Kuala Lumpur. Arghhh, angan-angan dah bermula..tapi tak salah memasang angan-angan,hihii.. Jika diizinkan, sampailah hamba di sana. Apalah yang boleh hamba buat dikampung? Kawan-kawan kampung [Ana, Mira dan Siti] pula dah masuk semester baru. Jadi, tinggalah hamba seorang diri. Kawan sekolah hamba, cik Asiah dah mula bekerja sambilan sebagai juruwang di sebuah pasaraya yang terletak di Wakaf Che Yeh. Kebetulan Cik Asiah ada memberitahu ada kerja kosong sebagai
Promoter di bahagian Leather selama satu bulan. Sebelum ini, hamba pernah bekerja di situ sebagai juruwang sambilan [ selepas STPM: Dis 2009- Jun 2010, Mei-Ogos 2010]. Di situ, banyak perkara yang hamba pelajari. Di situ, hamba pelajari tentang kehidupan dan manusia. Pelbagai corak dan ragam yang dapat dilihat apabila berada dalam dunia pekerjaan. 

Berbalik kepada tawaran yang dimaklumkan oleh cik Asiah, hamba pun menerima tawaran itu. Bermula 16/8-15/9/2013 hamba menerima kontrak yang telah diberikan. Ini adalah kali pertama hamba ditawarkan bekerja sebagai Promoter. Ada juga kegusaran di hati namun dengan keyakinan yang diberikan oleh cik Asiah ia nya berjaya menarik keyakinan. Katanya lagi, 'kerja Promoter tidak susah sangat, hanya menulis resit dan menghantar barang ke kaunter'. Kesabaran, kejujuran amat diperlukan dalam urusan perniagaan. Pejam celik, kontrak sudah pun tamat. Sekali lagi, hamba mendapat tawaran menyambung kontrak bahagian Children [o' dear] selama dua minggu di pasaraya yang sama. Sambil bekerja disitu, ramai kenalan baru yang sudi menjadi kawan. Banyak cerita dan pengalaman yang kami berkongsi. Iya, hidup sebagai manusia sikap egoistik mesti dihapuskan dalam diri. Dengan itu, hari-hari yang mendatang begitu bermakna. Banyaka pengalaman yang dikutip semasa bekerja sambilan  di pasaraya Ceria. Namun, disebabkan ada sedikit lagi tugasan yang belum disempurnakan, hamba terpaksa mengundur diri untuk bekerja di Ceria. Seandainya, ada peluang dan ruang, ingin hamba bekerja sambilan disitu. Terima kasih atas ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan

Friday, 19 July 2013

10 Ramadhan

1434 hijrah buat kali ketiga menyambut ramadhan di bumi Borneo. ini menandakan sudah genap tiga tahun merasai pengalaman berpuasa di Negeri Bawah Bayu. alangkah bertuah kerana dapat merasai nikmat sewaktu berbuka puasa [waktu azan maghrib lebih awal satu jam berbanding dengan semenanjung - sekitar 6.35 petang].  pada tahun yang lalu, sambutan ramadhan bersama kawan-kawan kerana kami harus menempuhi semester pendek. walaupun bersahur hanya berlauk ikan sardin, serunding, telur dan kicap ianya sangat menambah selera. bersungkai pula kami memilih untuk memasak. jika tidak sempat, kami akan membeli makanan di bazar ramadhan. sungguh indah ramadhan pada tahun 2012 [semester pendek-UMS].
berbeza dengan tahun ini, menyambut ramadhan bersama ketika bergelar 'Pelajar Praktikal'.

sebenarnya, apa yang ingin diperkatakan ialah mengenai latihan industri. iya, hari ini genaplah enam[6] bulan dan tamat sudah menjalani LI di DBP Caw Sabah. 10 ramadhan sempat merasai ketika berada di separuh alam pekerjaan.  jutaan terima kasih kepada semua staf DBPCS yang sudi berkongsi ilmu sepanjang saya menjalani LI. selepas ini saya akan merindui kamu semua. buat sahabatku Massalinri, Amrina Anis, Welter Michael yang sudi berkawan ketika berada di Negeri Bawah Bayu. sayangnya, hari ini genaplah kita 24 minggu berjaya menenpuhi pra alam pekerjaan. moga ilmu yang diperolehi digunakan sebaik mungkin.

bersama pelatih UMS dan UKM
cenderamata daripada Pn Ritah dan Pn Jennitah. 

Tuesday, 21 May 2013

Jalal al-Din al-Rumi

kerana CINTA duri menjadi mawar
kerana cinta cuka menjelma anggur segar
kerana cinta pentungan jadi mahkota penawar
kerana cinta kemalangan menjelma keberuntungan
kerana cinta rumah penjara tampak
          bagaikan kedai mawar
kerana cinta tumpukan debu
         kelihatan sebagai taman
kerana cinta api yang berkobar-kobbar
         jadi cahaya yang menyenangkan
kerana cinta syaitan berubah menjadi BIDADARI
kerana cinta batu yang keras
         menjadi LEMBUT bagai mentega
kerana cinta duka menjadi riang gembira
kerana cinta hantu berubah menjadi malaikat
kerana cinta singa tak menakutkan
         seperti tikus
kerana cinta sakit menjadi sihat
kerana cinta amarah berubah
         menjadi keramah-ramahan.

*petikan puisi Jalal al-Din Al-Rumi (Asas Kesusasteraan Islam-Ismail Hamid, 1990:39)