Jarak dari Kota Kinabalu ke Papar kira-kira 43km sahaja. Berneza dengan Kinarut kerana ia terletak diluar bandar raya Kota Kinabalu dan hanya mengambil masa lebih kurang 35 minit dari Kota Kinabalu. Kinarut juga mempunyai sebuah pekan yang kecil tetapi sudah terdapat IKBN, SMA Datu Mustapha dan MRSM. Kebiasaannya, penduduk Papar yang bekerja di KK akan melalui Kinarut kerana tidak mengambil masa yang lama untuk sampai ke tempat kerja. Secara tidak langsung, kenderaan sentiasa sibuk yang melalui kawasan tersebut.
Oleh itu, kajian telah dilakukan oleh pihak IKRAM dengan melakukan bancian terhadap semua jenis kenderaan yang melalui kawasan tersebut. Maka ini menunjukkan bahawa statistik purata akan diketahui dan menunjukkan bahawa jalan di Kinarut masih penting.
Terima kasih kepada k.Yati kerana memberikan peluang kepada kami semua (Fatimah, Zie,Mc Lyn, Aris, Huda [kecik], Masniah, Azarita,) untuk melakukan kerja sampingan disamping mendapat pengalaman baru.