Monday, 13 August 2012

Masih di Hati

Syukur alhamdulilah kerana berakhir sudah debaran yang ditunggu-tunggu. Mungkin ini adalah satu anugerah dan rahmatNya sempena di bulan yang mulia ini [24 Ramadhan]. Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu? 

Selama menjadi penghuni di Kolej Kediaman E@ Kolej Kebudayaan iaitu 5 semester memang agak bertuah tapi mungkin jugak nasib yang menyebelahi. Kolej E memang kolej yang sangat aktif dan mempunyai penghuni yang mencecah 3000 orang berbanding kolej2 yang lain. Untuk terakhir kali menjadi mahasiswi pada tahun akhir memang sedikit mencabar. Dengan kehadiran para junior memang ia memberi saingan yang hebat terutama [ pelajar tahun akhir] kerana peluang untuk menetap di kolej sangat tipis. Tambahan pula, bagi pelajar-pelajar dari Semenanjung memang menanbahkan lagi debaran dan kerisauan.

Apabila semakan dibuat di Portal [ status asrama] : Permohonan anda telah diluluskan untuk tinggal di asrama pada semester 1 2012/2013. Sila buat pengesahan tinggal asrama untuk tingal di kolej kediaman [E] semasa pendaftaran kolej. Ini membuktikan bahawa diberi peluang untuk menetap di sana. Jadi, sebelum check-out [tamat pengajian] seharusnya memberi sedikit sumbangan kepada kolej E.

Friday, 10 August 2012

SENYUM

Tanggal 9/8 merupakan hari 'kebebasan' kepada semua pelajar tahun 3[1] seni kreatif kerana segala penderitaan telah berakhir. Hanya menunggu masa untuk terbang ke satu persinggahan yang seterusnya. Ingat,ini hanya sementara sahaja kerana bulan September sedang memanggil-manggil kalian untuk cabaran yang lebih mencabar. 

Persembahan. Ibarat irama dan lagu tidak boleh dipisahkan [P.Ramlee]. Itulah yang harus dilalui oleh mereka untuk penilaian bagi final exam Pemikiran Dalam Karya. Cukup menarik kan? Pelbagai persembahan yang dilakukan oleh mereka yang bergabung 3 orang dalam satu kumpulan. Kata guruku ; naik tanpa persediaan turun tanpa penghargaan. Juri penilai pula terdiri daripada seorang pensyarah, diikuti 2 orang tutor. Majlis penutupan diikuti dengan majlis berbuka puasa beramai-ramai di foyer Sps. Di sini rasa jiwa dan minda bersatu!

Saturday, 4 August 2012

Terima kasih sayangku (2)

Sebelum 'tamat' hari ulang tahun kelahiran kejutan demi kejutan yang diterima. Malu. Hari ini, nak ucapkan ribuan terima kasih kepada k.Sri. Diikuti dengan Huq, Adeeba dan Haq. Terima kasih untuk pemberian kek yang sedap especially Effy, Tie, K.yana, Wani, dan Mira. 

 Tak tahu nak cakap apa lagi. Kepada kakak yang tersayang [k.Yat] terima kasih kerana membuatkan diri ini kembali kepada penyucian diri. Penyucian diri buat kali pertama yang diterima dengan simbahan air nila dan diikuti dengan air sabun. Kenapa akak tak guna downy sebagai pelembut?hiks3....K.Yat, terima kasih dan jangan bimbang kerana tidak sedikit pun 'puteri' ini marah but happy. First time 'wakenabeb' macam ni.

Sayang2ku, terima kasih yang tidak terhingga diatas penghargaan yang kalian buat. This anniversary very meaning for me and i know bahawa masa yang lepas tidak dapat berputar kembali... Biarlah ini menjadi kenangan yang terindah di dalam hidup ketika di semester pendek. Lastly, jutaan terima kasih kepada semua yang menghargai diri ini dan semoga kalian semua dipermudahkan segala urusan. Amin..Thank you guys and love u sooo much...

Terima kasih sayangku...

 Pada 22 tahun yang lepas seorang ibu telah bertarung nyawa untuk melahirkan seorang anak. Maka dengan izin Nya lahirlah seorang puteri di sebuah hospital dengan keadaan yang sihat. Thank and love u MUM. Terima kasih ya Allah kerna pada saat ini masih diberi kesempatan untuk hidup dan diberi kesihatan yang baik dan dapat meraikan hari kelahiran dibulan yang mulia ini bersama S.A.H.A.B.A.T.KU

15 Ramadhan. Hari ini dalam sejarah apabila puteri itu mendapat kejutan pada hari ulang kelahirannya. Terima kasih sayangku diatas kejutan yang telah dibuat. Lidah terkelu saat dikejutkan dari tidur dan melihat sebiji kek bersama dendangan lagu ' SELAMAT ULANG TAHUN'. Kek yang memang sedap [siapa yang pilih?] hihi. Sayangku, terima kasih juga di atas pemberian hadiah yang begitu cantik. I liked it..!

Yes, sangat terharu dengan kejutan yang dibuat. Semoga persahabatan kita kekal sepanjang hayat dan hanya Tuhan yang dapat membalas segala kebaikan kamu.Sekali lagi, terima kasih sayangku dan i really appreaciated that AND love u... -kgeblok b1-3-12