Perjalanan menaiki bas UMS dari Kota Kinabalu ke Tawau memang mengambil masa yang agak lama iaitu selama 12 jam termasuk makan dan solat. Kali pertama datang ke Tawau berkampung di Kongsi 10 (Kg.Jawa) bersama pelajar2 senior (tahun 3) ketika di semester 3 [2/1]. Agak serik juga untuk datang ke sini kerana perjalanan yang begitu lama ditambah pula dengan jalan yang berbukit-bukau dan berliku-liku
Bersama program MAKUM ( Majlis Kebudayaan Universiti- Universiti Malaysia) sekali lagi kaki ini berpijak di bumi Tawau,siapa yang menduga? Pada semester 4 [2/2] Bersama-sama pelajar dari UNIMAS, UNISZA & UMS selama 5hari 4 malam di Kampung Titingan, Tawau. 99% penduduk di sini adalah islam Bugis. Pada malam ke-3, keluarga angkat telah memperkenalkan salah satu jenis makanan yang dikenali sebagai sanggar peppek.
Kebanyakkan orang semenanjung sudah tentu tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan Sanggar Peppek kan? Dalam bahasa Bugis, sanggar peppek ialah pisang yang pukul. Ianya dimakan bersama sambal (cili ditumbuk bersama tomato) agak pedas juga. Gambar dibawah adalah sanggar peppek yang sudah sedia untuk dijamu..
*maaf sekiranya terdapat kesalahan ejaan atau sebutan (sanggar peppek)
bakpolah pelik bnr sebutan tu dik :-) ihik.
ReplyDelete