Wednesday, 2 May 2012

aura mimpi

LAKON sudah aku tandingi
MENARI sudah aku halangi
ternyata disini
MENULIS menarik hati

andai aku seorang penulis
SAJAK peneman diri
CERPEN harus diterokai
NOVEL mesti dijiwai
CERITA mesti diteladani
IDEA mesti dihujani
tanpa henti

akan ku coret kata hati
ku ukir kata emosi
akan ku tulis penuh erti
tak akan ku berhenti
pasti ada lagi
 ~karya AUNI ISMAIL~

coretan:  dunia seni yang penuh dengan warna-warni. tanpa seni dunia akan sunyi. walaupun hanya 1 jam kredit ia begitu bermakna untuk kami (anak2 seni@UMS) demi resital. Persembahan aku kali ini sebagai penyajak  merupakan persembahan untuk Resital 3 (akhir). Biarlah pada hari ini aku telah menyumbang sedikit sebanyak untuk persembahan resital kumpulan 4 biarpun tidak yang terbaik. Persembahan resital kali ini adalah yang terakhir bagi pelajar2 SPS dan banyak memberi impak yang positif kepada pelajar2. Disini, kami diajar tentang pelbagai teknik sebelum lakonan dan semasa lakonan dijalankan. Persembahan yang dilakukan tidak semestinya dilakukan diatas pentas namun ia boleh dilakukan dimana2 saja contohnya seperti teater jalanan. Terima kasih kepada penyelia resital kumpulan 4 iaitu En. Suhaimi Magi yang memberikan idea kepada kumpulan kami untuk melakukan persembahan yang berbeza dengan persembahan2 yang sebelumnya. Persembahan kali ini telah memberikan kepuasan kepada diri ini. Kepada kawan2 yang belum membuat persembahan sahut cabaran untuk anda berada di atas pentas juga. Ini merupakan yang terakhir kerana selepas ini kita akan merindui dunia lakonan...AURA MIMPI terbaikkk

2 comments:

  1. setakat ini. memang aura mimpi punya stail yg terbaik. :)

    ReplyDelete
  2. insyallah sy akan turuti jejak lngkahmu.. specel for kak sri kesayangan kita...

    ReplyDelete