Friday, 5 June 2015

Kinohiringan

Kingfisher Sulaman, Kota Kinabalu

Tiupan angin yang membawa gegaran mengejutkan saya yang sedang asyik membaca buku di katil sekitar jam 7.10 minit pagi. Gegaran terus terasa. Hati berdebar. Mata menjadi saksi disebalik langsir tingkap. Inilah pengalaman hidup saya yang pertama - kepala terasa pening.

Perpustakaan Ums: orang disekeliling sibuk bercakap tentang kejadian gempa. Saya turut memasang telinga. Pada tanggapan awal, saya berpendapat 'mungkin' tempias gegaran yang berlaku di negara jiran. Sebaliknya tidak. berpunca dari Gunung Kinabalu kerana membangkitkan kemarahan Kinohiringan (Tuhan)- bahasa Kadazandusun disebabkan perbuatan pelancong yang bergambar bogel di puncak sana.

Apa yang ingin saya perkatakan bahawa, janji Allah itu pasti. Setiap bala yang diturunkan akan ditanggung oleh semua kerana Allah pernah berfirman bahawa; beringat-ingatlah kamu diantara satu sama lain. Amaran ini tanda Allah memberi peringatan supaya kita semua menginsafi diri. Meminjam kata Faisal Tehrani, "Kerja Tuhan Siapa yang tahu".

Salam jumaat penghulu segala hari.

Wednesday, 3 June 2015

'Free Mind'

selamat pagi yang indah. kata guru; damaikan jiwa :)

ucaplah perkataan yang baik.

maafkan musuh-musuh disekeliling

tiada perasaan dengki di hati atau cuba mengambil kesempatan

belajar menjadi yang terbaik untuk diri sendiri

terima kasih Tuhan kerana menemukan saya dengan orang yang baik-baik.

salam perkenalan Fatema Jannah [master student] - from Bangladesh. Tenkiu for Nasi Briyani. very tasty :)

Perpustakaan Ums

Sunday, 31 May 2015

Kembali bersua

assalamualaikum. syukur. akhirnya saya dapat meloloskan diri untuk daftar masuk kerana sudah lama saya meninggalkan. senyum sampai ke telinga. selamat beremu lagi di blog Cahaya Syaban. kebetulan pula malam ini malam nifsu syaban. Tahun 2015.

setelah lama menyepi diri bukan bermakna saya merajuk. jauh sekali untuk itu. kekangan tugas sebagai pelajar menyebabkan saya tidak sempat menjenguk di sini.

Saturday, 4 January 2014

Assalamualaikum. Hello 2014

Selamat tinggal 2013 dan selamat datang 2014. Selamat tahun baru. Jom jadikan tahun 2014 sebagai teman karib,hihii. Teruskan perjalanan usah berpaling ke belakang lagi. Kata guruku; 'hari ini realiti, hari esok hanyalah illusi'. Kata beliau lagi; 'Hidup ini indah, jadi permudahkanlah jangan menyulitkannya'. Nak tulis banyak nantikan klise pula. jadi sebagai permulaan tahun 2014 hidup mesti ada perancangan,hahhaa..ok, itu saja. bye2

Friday, 25 October 2013

Di sini 'orang asing'

Dengan Bismillah langkah sampai ke destinasi yang dituju. Mata terpaku melihat suasana disekeliling. Ada yang berkulit hitam, putih, dan juga berkulit sawo matang. boleh dikatakan 'Satu Malaysia' [hihii]. Dengan bersepatukan 'heel' dibawah sinaran matahari memang satu cabaran sambil menggalas komputer riba. Bertemankan telefon bimbit sebagai petunjuk arah [ disini Wireless terus sambung]. Pencarian dimulakan di Perpustakaan Tun Sri Lanang namun tiada apa yang dijumpa. Setelah bertanya, nampaknya ada sedikit sebanyak maklumat yang boleh membantu. Rupa-rupanya tersalah tempat [Perpustakaan Tun Sri Lanang], tempat yang diperlukan ialah di Alam dan Tamadun Melayu [ATMA]. Terima kasih [kakak Master- sempat berkenalan] yang sudi melorongkan ke ATMA.  Di sini, sebagai 'orang asing' apa yang saya tidak tahu, ta saya akan bertanya. Di sini juga tiada istilah berputus asa. Mungkin inilah yang dikatakan 'semangat tersembunyi'. Di sini banyak kemudahan yang disediakan. Secara kebetulan, di sini musim Konvokesyen. Maka, secara tidak langsung aura konvo telah berkampung dalam diri ini. -Salam Jumaat-

                                                                                               ~  disiniorangasingUkm~

Thursday, 17 October 2013

Aidiladha 1434H


Salam Iduladha.[ 13 Zulhijjah bersamaan hari raya ke-3]
Dalam Islam, umat Islam akan menyambut dua jenis perayaan dalam setahun. Pertama, hari raya Aidilfitri/ Puasa dan kedua hari raya Aidiladha/ Korban. Hari raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal manakala hari raya Aidiladha pula disambut pada 10 Zulhijjah. Inilah keistimewaan yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada umat Islam. Itulah sedikit sebanyak mengenai perayaan yang diraikan oleh seluruh umat Islam.


Kembali kepada realiti,malah berpijak pada bumi yang nyata pada 10 Zulhijjah [15/10/2013] diberi peluang meraikan hari raya korban bersama ahli keluarga di Negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Jika pada tahun-tahun yang lalu [2010-2012] sambutan Iduladha disambut bersama rakan-rakan perjuangan di bumi Borneo [Sabah]. 

Peti dijadikan perut simpanan bagi daging korban [lembu]. Bak kata orang tua, daging korban yang masih baru disembelih dipanggil sebagai 'daging manis' kerana ianya masih lagi segar. Jika dikampung, daging korban akan dimasakkan seperti singgan [di Kelate]. Jika ingin merasai daging singgan, jemputlah datang ke Kelate. 

*mood raya*

Friday, 4 October 2013

Di Ceria

Di Kampung Kota

Hari-hari hamba bosan tanpa ada kerja yang mahu dibuat. Ada kerja yang diamanahkan oleh pensyarah sebelum hamba terbang meninggalkan bumi Borneo. Cuma ada sedikit sahaja maklumat yang perlu dilengkapkan [ jika perlu] kaki ini akan melangkah ke Ibu Kota Kuala Lumpur. Sambil mencari maklumat bolehlah ronda-ronda di Kuala Lumpur. Arghhh, angan-angan dah bermula..tapi tak salah memasang angan-angan,hihii.. Jika diizinkan, sampailah hamba di sana. Apalah yang boleh hamba buat dikampung? Kawan-kawan kampung [Ana, Mira dan Siti] pula dah masuk semester baru. Jadi, tinggalah hamba seorang diri. Kawan sekolah hamba, cik Asiah dah mula bekerja sambilan sebagai juruwang di sebuah pasaraya yang terletak di Wakaf Che Yeh. Kebetulan Cik Asiah ada memberitahu ada kerja kosong sebagai
Promoter di bahagian Leather selama satu bulan. Sebelum ini, hamba pernah bekerja di situ sebagai juruwang sambilan [ selepas STPM: Dis 2009- Jun 2010, Mei-Ogos 2010]. Di situ, banyak perkara yang hamba pelajari. Di situ, hamba pelajari tentang kehidupan dan manusia. Pelbagai corak dan ragam yang dapat dilihat apabila berada dalam dunia pekerjaan. 

Berbalik kepada tawaran yang dimaklumkan oleh cik Asiah, hamba pun menerima tawaran itu. Bermula 16/8-15/9/2013 hamba menerima kontrak yang telah diberikan. Ini adalah kali pertama hamba ditawarkan bekerja sebagai Promoter. Ada juga kegusaran di hati namun dengan keyakinan yang diberikan oleh cik Asiah ia nya berjaya menarik keyakinan. Katanya lagi, 'kerja Promoter tidak susah sangat, hanya menulis resit dan menghantar barang ke kaunter'. Kesabaran, kejujuran amat diperlukan dalam urusan perniagaan. Pejam celik, kontrak sudah pun tamat. Sekali lagi, hamba mendapat tawaran menyambung kontrak bahagian Children [o' dear] selama dua minggu di pasaraya yang sama. Sambil bekerja disitu, ramai kenalan baru yang sudi menjadi kawan. Banyak cerita dan pengalaman yang kami berkongsi. Iya, hidup sebagai manusia sikap egoistik mesti dihapuskan dalam diri. Dengan itu, hari-hari yang mendatang begitu bermakna. Banyaka pengalaman yang dikutip semasa bekerja sambilan  di pasaraya Ceria. Namun, disebabkan ada sedikit lagi tugasan yang belum disempurnakan, hamba terpaksa mengundur diri untuk bekerja di Ceria. Seandainya, ada peluang dan ruang, ingin hamba bekerja sambilan disitu. Terima kasih atas ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan