Friday, 24 July 2015

8 syawal 1436

Kehangatan menyambut lebaran dikampung halaman bersama keluarga tercinta dengan kehadiran saudara mara telah menggagalkan nafsu saya untuk mencuri ruang di sini. Pada hari ini, bersamaan 8 Syawal kemeriahan lebaran masih terasa [ bunyi mercun] selain kuih muih dan pemberian not [wang ringgit] yang masih diamalkan terutama kepada yang masih memegang status; pelajar [sayalah orang yang bertuah itu] - setiap orang sudah ditentukan rezeki oleh Tuhan.

Sambutan syawal begitu bermakna kerana hubungan ahli keluarga semakin bertambah erat dengan adanya ikatan cinta yang masih utuh. Terima Kasih Tuhan. 

Persoalan; ' mengapa memberi harapan jika tidak dapat menunaikannya?'Baru saya teringat, manusia memang unik kerana dianugerahkan sedikit sifat "lupa" seperti bait  lagu Suasana Hari Raya:

... ketupat rendangsila nikmati kawan
...penat memasak malam ke pagi
...wajik dan dodol jangan lupakan
...peninggalan nenek zaman berzaman...

Tetapi jangan lupa pada Yang Maha Esa.



Friday, 5 June 2015

Kinohiringan

Kingfisher Sulaman, Kota Kinabalu

Tiupan angin yang membawa gegaran mengejutkan saya yang sedang asyik membaca buku di katil sekitar jam 7.10 minit pagi. Gegaran terus terasa. Hati berdebar. Mata menjadi saksi disebalik langsir tingkap. Inilah pengalaman hidup saya yang pertama - kepala terasa pening.

Perpustakaan Ums: orang disekeliling sibuk bercakap tentang kejadian gempa. Saya turut memasang telinga. Pada tanggapan awal, saya berpendapat 'mungkin' tempias gegaran yang berlaku di negara jiran. Sebaliknya tidak. berpunca dari Gunung Kinabalu kerana membangkitkan kemarahan Kinohiringan (Tuhan)- bahasa Kadazandusun disebabkan perbuatan pelancong yang bergambar bogel di puncak sana.

Apa yang ingin saya perkatakan bahawa, janji Allah itu pasti. Setiap bala yang diturunkan akan ditanggung oleh semua kerana Allah pernah berfirman bahawa; beringat-ingatlah kamu diantara satu sama lain. Amaran ini tanda Allah memberi peringatan supaya kita semua menginsafi diri. Meminjam kata Faisal Tehrani, "Kerja Tuhan Siapa yang tahu".

Salam jumaat penghulu segala hari.

Wednesday, 3 June 2015

'Free Mind'

selamat pagi yang indah. kata guru; damaikan jiwa :)

ucaplah perkataan yang baik.

maafkan musuh-musuh disekeliling

tiada perasaan dengki di hati atau cuba mengambil kesempatan

belajar menjadi yang terbaik untuk diri sendiri

terima kasih Tuhan kerana menemukan saya dengan orang yang baik-baik.

salam perkenalan Fatema Jannah [master student] - from Bangladesh. Tenkiu for Nasi Briyani. very tasty :)

Perpustakaan Ums

Sunday, 31 May 2015

Kembali bersua

assalamualaikum. syukur. akhirnya saya dapat meloloskan diri untuk daftar masuk kerana sudah lama saya meninggalkan. senyum sampai ke telinga. selamat beremu lagi di blog Cahaya Syaban. kebetulan pula malam ini malam nifsu syaban. Tahun 2015.

setelah lama menyepi diri bukan bermakna saya merajuk. jauh sekali untuk itu. kekangan tugas sebagai pelajar menyebabkan saya tidak sempat menjenguk di sini.