Dengan Bismillah langkah sampai ke destinasi yang dituju. Mata terpaku melihat suasana disekeliling. Ada yang berkulit hitam, putih, dan juga berkulit sawo matang. boleh dikatakan 'Satu Malaysia' [hihii]. Dengan bersepatukan 'heel' dibawah sinaran matahari memang satu cabaran sambil menggalas komputer riba. Bertemankan telefon bimbit sebagai petunjuk arah [ disini Wireless terus sambung]. Pencarian dimulakan di Perpustakaan Tun Sri Lanang namun tiada apa yang dijumpa. Setelah bertanya, nampaknya ada sedikit sebanyak maklumat yang boleh membantu. Rupa-rupanya tersalah tempat [Perpustakaan Tun Sri Lanang], tempat yang diperlukan ialah di Alam dan Tamadun Melayu [ATMA]. Terima kasih [kakak Master- sempat berkenalan] yang sudi melorongkan ke ATMA. Di sini, sebagai 'orang asing' apa yang saya tidak tahu, ta saya akan bertanya. Di sini juga tiada istilah berputus asa. Mungkin inilah yang dikatakan 'semangat tersembunyi'. Di sini banyak kemudahan yang disediakan. Secara kebetulan, di sini musim Konvokesyen. Maka, secara tidak langsung aura konvo telah berkampung dalam diri ini. -Salam Jumaat-
~ disiniorangasingUkm~