Sunday, 29 July 2012

Prof. Madya Dr Asmiaty

Bersamaan 9 ramadhan,langkah kaki dimulakan menuju ke pasar bertempat di Tuaran bersama beliau. Hujan yang turun dengan lebat di pertengahan jalan ketika menuju ke rumahnya diteruskan juga bersama Amira dengan menaiki skuter Moskito biru. Kali ini, Effy tidak dapat mengikut untuk ke pasar kerana sakit mata [bengkak]. Ada kemungkinan lebihan tidur atau di gigit serangga,hiks. Along, Hud dan Haq juga ikut bersama ke pasar. Beliau membeli pelbagai jenis lauk untuk membuat 'bakar-bakar' kerana untuk menyambut hari ulang tahun kelahiran si kembar [Along & Angah] yang ke-13. Hari lahir, si kembar disambut selepas waktu asar sebelum along dihantar pulang ke asrama. Mereka meniup lilin dan memotong kek. Sebenarnya, tarikh hari lahir mereka adalah esok [ 30/7] tapi disebabkan along terpaksa pulang ke asrama pada sebelah petangnya.

Pada sebelah petang bersama beliau,along,Hud dan k.Yana kami menuju ke 1 Borneo untuk mencari dapur [untuk membakar] dan membeli kek di Secret Recipe.

Pelbagai persediaan telah dibuat untuk majlis berbuka puasa seperti membakar ikan [pari & ikan uji rashid] serta membuat sedikit sos[sambal] untuk dicicah bersama ikan bakar. Majlis berbuka puasa disertai dengan Effy, Tie, K.Sri, K.yana, dan Amira. Terasa begitu meriah majlis berbuka puasa seperti berada disamping keluarga kerana berbuka bersama keluarga beliau. Begitu banyak juadah puasa yang disediakan. Antara yang menarik kuih tradisi bugis. Memang sedappp.

Membakar ikan dan membuat sos bersama K.yana sambil menunggu tetamu VVIP [ Effy, k.Sri, Tie & Amira]. hihii

Terima kasih tidak terhingga kepada beliau dan sekeluarga kerana menjemput kami semua untuk berbuka puasa bersama. Semoga segala kebaikan beliau mendapat rahmat daripadaNya serta dimurahkan rezeki,amin.
*ikan uji rashid [ikan merah]-hanya gelaran yang dipanggil oleh peniaga di Sabah

Saturday, 28 July 2012

8 Ramadhan

Masa yang berjalan tidak dapat diundurkan lagi. Hari ini,tahun ini [2012] sekali lagi berjumpa dengan tarikh dan hari yang sama iaitu pada tahun 2007. Tahun ini begitu istimewa kerana pada hari pemergianmu menghadap Ilahi disambut ketika seluruh umat Islam menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak. Biarpun,sudah suratan takdir namun seluruh ahli keluarga kita tetap mengingatimu malah setiap tahun ayah akan membuat majlis tahlil demi anaknya yang tercinta. Memang sangat terasa dengan kehilanganmu di usia yang begitu muda namun takdir Tuhan siapa yang tahu? Aku sebagai insan yang masih bernyawa hanya dapat mengiringi doa buatmu sepanjang hayat dikandung nyawa. Sehingga kini, ayah masih menziarahi pusara biarpun gerimis yang turun. Begitulah cinta dan kasih seorang ayah terhadap anak yang dicintai walaupun anaknya pergi terdahulu menghadap Ilahi. Kala aku teringat akan dirimu aku akan diam namun diam aku telah disalah ertikan. Dibulan yang mulia ini dan sempena tarikh pemergianmu keluarga kita tidak pernah berhenti menghadiahkan doa ke atas mu. Adikku,aku berdoa semoga roh mu ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh,amin

Saturday, 21 July 2012

Lambaian Ramadhan

Kedatangan ramadhan kali ini disambut bersama kawan-kawan di bumi Borneo. Syukur kepadaNya masih diberi kesempatan untuk merasai ramadhan bersama rakan-rakan seperjuangan. Biarpun jauh daripada keluarga tercinta namun dekat dihati. Semoga ramadhan kali ini terus memberikan satu 'kekuatan' kepada kami yang berada di sini disamping berjuang untuk menimba ilmu. Berpuasa disini memang satu keistimewaan kerana waktu berbuka yang lebih awal satu jam berbanding dengan semenanjung. Begitulah istimewanya berpeluang dapat menjalani ibadah puasa di sini. Di bulan yang mulia ini semoga segala ibadah dilakukan dengan penuh keikhlasan dan mendapat keberkatan dariNya. Ingat ianya bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi menahan pertuturan serta perbuatan. 

Indahnya Ramadhan dihiasi TARAWIH,
didendangkan TADARUS,
dibajai QIAMULLAIL,
digembirakan waktu berbuka,
disulamkan SEDEKAH, dan
diwajibkan berZAKAT,
Selamat berpuasa  dan salam Ramadhan Al-Mubarak

* kgE@b1-3-12-2

Wednesday, 18 July 2012

IV : Dr Asmiaty

Telefon silent. Tiba-tiba Effy bagi handphone nya cakap akak nak cakap. Bila di talian akak tanya tidur ka? saya bilang tidak. Lepas tu, akak cakap boleh ka datang amik 'saya' dekat depan ofis dengan motor.Hahh?[ dalam hati biar betul akak ni? Lepas tu, terus jak pergi amik akak dekat depan ofis dengan selamba kami pun membonceng motor untuk menghantar beliau ke King Fisher [KF]. Sampai dirumah, akak cakap; laju terlampau mek su bawak motor. Langkah kanan lagi,apabila dirumahnya sekali lagi makan 'sanggar keju' mungkin rezeki untuk sekian kalinya ;)

Tuesday, 17 July 2012

III : Dr Asmiaty

Pada hari ahad yang lalu bersamaan 15 Julai kami sekali lagi diajak ke Tuaran. Tujuan ke Tuaran adalah untuk ke tamu(pasar). Menurut beliau, di tamu Tuaran terdapat pelbagai barang yang dijual dari ayam sehinggalah itik. Disamping harga yang berpatutan. Tamu Tuaran memang besar berbanding tamu di Tamparuli, Kota Belud dan Papar [berdasarkan kunjungan]. Pada kali ini, Hud yang mengikuti kerana Haq dan Adeeba baru bangun dari tidur menyebabkan akak tidak mahu membawa mereka. Tambahan hari sudah siang iaitu pukul 7 pagi. Lebih kurang 3 jam berada disana untuk mencari dan membeli pelbagai barang keperluan. Sebenarnya, apa yang ingin diperkatakan tentang Tuaran adalah ' rojak' yang paling sedap. Selepas siap membeli akak membawa kami ke sebuah kedai makan untuk mencuba rojak Tuaran. Memang diakui oleh lidah bahawa rojak Tuaran memang sedap.Biarpun diluar kedai nampak macam restoran cina sebaliknya didalam adalah pengusaha orang melayu.Kata akak lagi, rojak Tuaran mesti dirasai kerana lebih kurang seminggu lagi kita akan menyambut bulan ramadhan. Dalam perjalanan pulang,akak ada meninggalkan persoalan kepada kami berdua iaitu : kenapa ustazah membiasakan diri [sendiri] mereka sebagai ustazah bukannya saya? macam juga akak; seharusnya bolehkah bawa doktor ke sana?kata akak [sambil gelak]. Terima kasih akak kerana membawa driver ke sana disamping mencuba rojak Tuaran yang sememangnya sedappp...

Saturday, 14 July 2012

II : Dr Asmiaty


Untuk mendapatkan lagi maklumat tambahan untuk kajian sekali lagi Pn Asmiaty telah mengajak dua orang bekas pelajarnya (Pemikiran & Penulisan Kreatif) untuk menemani beliau ke daerah Membakut. Tanpa menolak undangan dan perjanjian yang telah dibuat dua hari yang lepas kami berdua telah bersetuju untuk ke sana. Namun, Haq tidak mengikuti pada kali ini kerana masih tidur dengan lena. Sebagai pemandu kepada Dr Asmiaty perjalanan dari KK ke daerah Membakut mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Di daerah Membakut terdaat lagi sub-sub kampung seperti kampung Pimping dan Binsulok.Apa yang menarik didalam sub kampung Pimping terdapat lagi cabangnya iaitu kampung Saga-saga. Itulah kelebihan kampung yang pernah dijumpai. Pengalaman mengikuti beliau membuat kajian banyak imput yang kami berdua perolehi dan ini mendedahkan kepada kami tentang budaya suku kaum brunei dari segi adat resam, permainan alat tradisional, makanan dan sebagainya. Walau bagaimanapun, masih terdapat kekurangan maklumat namun sekiranya mempunyai masa kami akan mengunjungi lagi ke Kampung Pimping. Terima kasih diucapkan kepada Dr Asmiaty kerana telah memberikan kami peluang ini disamping menambahkan ilmu pengetahuan.Tidak lupa juga kepada cik Effy yang menjadi teman yang setia disebelah dan juga penduduk kampung Saga-saga (tengah) yang sudi menjadi informan di dalam kajian Dr Asmiaty. Bak kata pepatah; jauh berjalan luas pemandangan.

*majlis marhaban; menu- ketam,udang,roti canai,ikan bakar dan banyak lagi
                            buah tangan - soya yeos, baulu, duit rm10, keychain nama Allah

[ ini hanya terdapat di kg Pimping sahaja] begitu istimewa majlis marhaban yang diadakan berbeza dengan semenanjung