Tuesday, 22 May 2012

sanggar peppek

Perjalanan menaiki bas UMS dari Kota Kinabalu ke Tawau memang mengambil masa yang agak lama iaitu selama 12 jam termasuk makan dan solat. Kali pertama datang ke Tawau berkampung di Kongsi 10 (Kg.Jawa) bersama pelajar2 senior (tahun 3) ketika di semester 3 [2/1]. Agak serik juga untuk datang ke sini kerana perjalanan yang begitu lama ditambah pula dengan jalan yang berbukit-bukau dan berliku-liku

Bersama program MAKUM ( Majlis Kebudayaan Universiti- Universiti Malaysia) sekali lagi kaki ini berpijak di bumi Tawau,siapa yang menduga? Pada semester 4 [2/2] Bersama-sama pelajar dari UNIMAS, UNISZA & UMS selama 5hari 4 malam di Kampung Titingan, Tawau. 99% penduduk di sini adalah islam Bugis. Pada malam ke-3, keluarga angkat telah memperkenalkan salah satu jenis makanan yang dikenali sebagai sanggar peppek.

Kebanyakkan orang semenanjung sudah tentu tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan Sanggar Peppek kan? Dalam bahasa Bugis, sanggar peppek ialah pisang yang pukul. Ianya dimakan bersama sambal (cili ditumbuk bersama tomato) agak pedas juga. Gambar dibawah adalah sanggar peppek yang sudah sedia untuk dijamu..


*maaf sekiranya terdapat kesalahan ejaan atau sebutan (sanggar peppek)






Saturday, 12 May 2012

midsummer night's dream

Persaingan begitu mencabar setiap kali pembukaan semester baru. Jadi memang agak susah jugak untuk mendapat penempatan kolej terutama kolej E. Yang paling special tentang kolej E ialah salah satu kolej kediaman swasta diantara kolej-kolej lain seperti kg Ab, Cd, Indah Permai, Kingfisher dan Usia (baru ditubuhkan pada tahun 2012).

Sedar tak sedar rupanya sudah 4 semester jadi penghuni setia kampung E. Rasa bertuah juga dalam ramai2 insan akulah salah satu warga kg E yg tinggal di situ. Jadi hanya ada 1 semester lagi untuk tinggal di sini? adakah masih ada peluang untuk tinggal di sini?Atau diri ini yang akan disingkirkan selepas pembukaan semester baru iaitu 2012/2013(mintak di jauhkan).. kalau tak nak tinggal kat mana lepas nie? kat UCA masih ada kosong  k.sri?(booking bilik)

Kampung E terkenal dengan 'Kolej Kebudayaan'. Pelbagai acara yang dianjurkan oleh Kg E tidak hairanlah jika seluruh warga Kg E juga turut aktif. Kalau tak silap Midsummer Night's Dream Dinner adalah event paling besar di Kg E (salah satu cara untuk mendapatkan penempatan kolej)....

Secara tidak langsung tiket pun sudah dibeli (last minute) dengan harga RM 50(fixed prices) jadi dinner malam ini kena pegi, kalau tak rugi la kan? Grand Ballroom 1 B hotel akan dimeriahkan dengan warga Kg E...


Wednesday, 2 May 2012

aura mimpi

LAKON sudah aku tandingi
MENARI sudah aku halangi
ternyata disini
MENULIS menarik hati

andai aku seorang penulis
SAJAK peneman diri
CERPEN harus diterokai
NOVEL mesti dijiwai
CERITA mesti diteladani
IDEA mesti dihujani
tanpa henti

akan ku coret kata hati
ku ukir kata emosi
akan ku tulis penuh erti
tak akan ku berhenti
pasti ada lagi
 ~karya AUNI ISMAIL~

coretan:  dunia seni yang penuh dengan warna-warni. tanpa seni dunia akan sunyi. walaupun hanya 1 jam kredit ia begitu bermakna untuk kami (anak2 seni@UMS) demi resital. Persembahan aku kali ini sebagai penyajak  merupakan persembahan untuk Resital 3 (akhir). Biarlah pada hari ini aku telah menyumbang sedikit sebanyak untuk persembahan resital kumpulan 4 biarpun tidak yang terbaik. Persembahan resital kali ini adalah yang terakhir bagi pelajar2 SPS dan banyak memberi impak yang positif kepada pelajar2. Disini, kami diajar tentang pelbagai teknik sebelum lakonan dan semasa lakonan dijalankan. Persembahan yang dilakukan tidak semestinya dilakukan diatas pentas namun ia boleh dilakukan dimana2 saja contohnya seperti teater jalanan. Terima kasih kepada penyelia resital kumpulan 4 iaitu En. Suhaimi Magi yang memberikan idea kepada kumpulan kami untuk melakukan persembahan yang berbeza dengan persembahan2 yang sebelumnya. Persembahan kali ini telah memberikan kepuasan kepada diri ini. Kepada kawan2 yang belum membuat persembahan sahut cabaran untuk anda berada di atas pentas juga. Ini merupakan yang terakhir kerana selepas ini kita akan merindui dunia lakonan...AURA MIMPI terbaikkk